`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 22, 2018

Breaking News : Attempted Coup In Riyadh. Events Unfolding.

Image result for Breaking News : Attempted Coup In Riyadh. Events Unfolding.

جندالله:
Tembakan dan Letupan Gegar Istana Kerajaan Saudi


Ahad 22 April 2018


RIYADH – Kejadian berbalas tembak dan letupan kuat telah berlaku berhampiran istana Raja Saudi, Riyadh, sementara Raja Salman telah dibawa ke kubu bawah tanah di pangkalan udara di kota tersebut.

Rakaman video insiden berbalas tembakan bermunculan di media sosial yang menunjukkan bahawa pertempuran yang menggunakan senjata berat sedang berlangsung di sekitar istana Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di ibukota Riyadh.

Laporan mengatakan raja dan puteranya, Putera Mahkota Muhammad bin Salman telah dipindahkan ke kubu bawah tanah di sebuah pangkalan udara yang berada di bawah perlindungan pasukan AS.

Sementara para pejabat dan media Saudi belum memberi sebarang ulasan atas insiden tersebut, dan ada laporan yang bertentangan. Para saksi dan penduduk di sekitar istana mengatakan rampasan kuasa sedang berlangsung, sementara laporan lain mengatakan sebuah pesawat tanpa juru terbang sedang terbang di atas istana.

Anggota pembangkang Saudi mendakwa bahawa “seorang pegawai kanan pasukan darat telah memimpin serangan ke istana untuk membunuh raja dan putera mahkota”.

Video juga menunjukkan bahawa semakin banyak kenderaan berperisai dikerahkan ke sekitar istana. ‘Pengawal khas Muhammad bin Salman’ telah mengambil alih keselamatan di ibukota. Ruang udara Riyadh telah ditutup untuk semua penerbangan awam dan tentera kecuali helikopter tentera dari ‘Pengawal khas Muhammad bin Salman’ yang terbang di atas istana.

Namun, beberapa aktivis Saudi mengatakan di Twitter bahawa pesawat tanpa juruterbang telah terbang di atas istana dan pengawal istana mulai melepaskan tembakan ke arah pesawat terbabit, kerana mereka bimbang jika itu pesawat tentera Yaman yang dihantar untuk melakukan misi pengeboman terhadap Istana raja.




www.aljazeera.net/news/arabic/2018/4/21/أنباء-عن-إطلاق-نار-بأحد-القصور-الملكية-في-الرياض

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.