`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 22, 2018

PENAHANAN MAZLAN ALIMAN BERMOTIFKAN POLITIK, KATA PAKATAN

PENAHANAN aktivis Felda Mazlan Aliman di rumahnya di Felda Sungai Ramon, Kulai awal pagi tadi kemungkinan besar ada kaitan dengan komennya berkenaan pembabitan isteri perdana menteri dengan projek ikan sturgeon yang gagal, kata Pakatan Harapan (PH) Johor.
Pengerusi PH Johor Muhyiddin Yassin berkata pembangkang maklum laporan polis dibuat oleh peguam Noor Hajran Mohd Noor yang mewakili Rosmah Mansor di balai polis Sentul pada Isnin.
Laporan itu berkenaan video YouTube yang didakwa memfitnah Rosmah.
“PH Johor mengesyaki penangkapan Mazlan ini bermotif politik. Pendedahan Mazlan berkaitan pembabitan isteri Perdana Menteri dalam isu kegagalan projek ikan sturgeon mutakhir ini barangkali menjadi antara faktor tangkapan ini dilakukan,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu turut ditandatangani Pengerusi Bersatu Johor Dr Shahruddin Md Salleh, pengerusi Amanah negeri Aminolhuda Hassan, pengerusi PKR negeri Hassan Karim dan pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong.
“Kami berpendapat, sebarang persoalan mengaitkan isu politik yang timbul mestilah diselesaikan dengan hujah dan fakta. Bukan mengekang dengan kuasa.
“Ini tindakan dayus dan tidak bermaruah. Malah, ia merupakan suatu kezaliman terhadap anak, isteri dan keluarga Mazlan  ,” katanya.
Muhyiddin berkata Mazlan seorang aktivis akar umbi yang memperjuangkan nasib peneroka Felda dan dalam kemelut politik yang menyaksikan isu Felda begitu meruncing pada ketika ini, penangkapan Mazlan hanyalah akan menambah kebencian rakyat terhadap Rosmah, Najib Razak dan Barisan Nasional.
“PH Johor juga mengecam tindakan pihak polis yang berkeras menahan Mazlan pada waktu yang amat tidak munasabah sehingga menimbulkan tanda tanya, kesalahan berat apakah yang telah dilakukan oleh beliau?,” soal Muhyiddin.
Beliau berkata polis sepatutnya boleh saja meminta Mazlan hadir ke ibu pejabat untuk mengambil keterangan dan tidak perlu melakukan tangkapan.
“Hal ini amat tidak masuk akal. Mazlan individu yang dikenali ramai dan dari rekod lalu, beliau memberikan kerjasama yang sangat baik terhadap pihak berkuasa serta tidak pernah melarikan diri.”
– https://www.themalaysianinsight.com

1 comment:

  1. ASSALAMU ALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATU...
    Salam sejahterah bagi kita semua...
    Mohon maaf bilah kedatangan saya mengganggu. Perkenalkan nama saya agus sodikin asal surabaya seorang mantan TKI dulu kerja di pabrik triplek malaysia selama 4 tahun lamanya. Singkat cerita.. Saya sangat berterima kasih kpd pak h.cahyono atas bantuan beliau melalui pemasangan nombor togel 6D nya alhamdulillah saya menang RM,450.000 selama 3X pusingan, saya tidak menyangka kalau saya bisa seperti ini dan ini semua berkat bantuan pak h.cahyono, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri. Saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan beliau karna banyaknya orang yg perna saya pon dari google untuk minta bantuannya tidak ada satu pun yg berhasil malah hutang saya tambah banyak. Beliau juga bisa bantu melalui Uang gaib/Bank gaib tanpa tumbal, Uang balik, Pelet, Pelaris, Nomer togel 3D/4D/6D.. Bagi saudara yg diluar negri maupun dalam negri butuh bantuan beliau jangan takut atau maluh segerah pon pak h.cahyono di nombor +6285 213 737 273 / WhatsApp 085213737273 insya alloh beliau pasti membantu anda seperti saya. Demi alloh inilah kisah nyata sye.. Sekian dan terima kasih atas tumpangannya semoga dengan adanya pesan singkat ini bisa bermanfaat...


    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.