`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 22, 2018

Pembuli 'Pok Ya Cong Co Dei' kena reman

cnews@nstp.com.my
a group of people posing for the camera: DUA remaja perempuan dibawa ke Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu untuk direman berhubung kejadian memalukan seorang lelaki kurang upaya dikenali sebagai Pok Ya Cong Codei. - Foto Zatul iffah Zolkiply© Provided by Media Prima DUA remaja perempuan dibawa ke Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu untuk direman berhubung kejadian memalukan seorang lelaki kurang upaya dikenali sebagai Pok Ya Cong Codei…
KUALA TERENGGANU: Dua remaja perempuan berumur 17 tahun direman tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan berhubung tindakan sekumpulan remaja memalukan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) dikenali sebagai 'Pok Ya Cong Codei' dengan membuka seluarnya.
Perintah reman terhadap dua suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistret Kuala Terengganu, Rosila Nik.
Suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Difahamkan, polis sedang mengesan dua lagi rakan suspek yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.
Selain itu, polis turut merampas beberapa barang kes termasuk dua telefon bimbit bagi membantu siasatan.
NSTP semalam melaporkan tindakan biadap sekumpulan remaja memalukan 'Pok Ya Cong Codei' dengan membuka seluarnya.
Tidak cukup dengan itu, kumpulan berkenaan turut menaburkan pasir pada kemaluan lelaki yang mengalami masalah lembam itu, selain tangan mangsa diikat ke belakang.
Mangsa dikatakan dimalukan kumpulan berkenaan di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, 4 pagi kelmarin dan kejadian memalukan itu dikatakan dirakam sebelum video berdurasi tujuh saat menjadi tular di Facebook.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.