`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 22, 2018

KPN: Lebih 1,000 individu, organisasi berpotensi ‘serang’ PRU14



KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti kira-kira 1,100 individu dan organisasi yang berpotensi melakukan “serangan mengejut di saat akhir” bertujuan menimbulkan kekecohan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ia berdasarkan antara lain analisis dan rekod lampau individu dan organisasi berkenaan.
Menurutnya, serangan itu boleh didatangkan dalam bentuk berita palsu di media sosial, pengundi hantu dan ancaman kumpulan militan IS.
“Kita bukan mengugut pihak terbabit sebaliknya mahu memastikan perjalanan PRU14 lancar dan rakyat berasa selamat,” katanya selepas merasmikan persidangan pesuruhjaya polis, ketua polis, komander dan komandan hari ini.
Fuzi berkata polis juga mengenal pasti 116 kawasan di Semenanjung dan 33 di Sabah dan Sarawak sebagai lokasi panas PRU14. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.