`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 24, 2018

Warisan akan ambil tindakan undang-undang terhadap Anifah

Shafie dan Wan Azizah berbual di majlis sambutan Tahun Baru Cina.
Shafie dan Wan Azizah berbual di majlis sambutan Tahun Baru Cina.
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Anifah Aman selepas beliau didakwa menghina Warisan dan presiden mereka, Datuk Seri Shafie Apdal dengan kata-kata berbaur perkauman.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di Sabah Hope Centre malam tadi, Shafie mengesahkan partinya akan mengheret Anifah ke mahkamah selepas parti itu mementukan jumlah pampasan yang wajar.
“Mana boleh seseorang seperti itu, seorang menteri luar negeri, seorang menteri kabinet secara terbuka mengatakan saya orang asing? Ini tak boleh,” katanya.
Sekurang-kurangya 3 laporan polis dibuat oleh parti itu terhadap Anifah berkenaan apa yang didakwa mengangin-anginkan Warisan parti lanun mahu membuat tuntutan hak nenek moyang mereka ke atas negeri itu.
Ucapan Anifah didakwa dibuat di satu majlis Tahun Baru Cina bersama masyarakat Cina dari Kimanis di sebuah hotel di sini sebelum cuti Tahun Baru Cina.
Dalam rakaman ucapan yang didakwa dibuat Anifah, menteri kabinet itu memberitahu hadirin bahawa rakyat Sabah harus memilih penduduk Sabah asli sebagai ketua menteri, kenyataan yang difahamkan Warisan membayangkan Shafie tidak dianggap seorang penduduk Sabah asli.
Shafie tidak berpuas hati dengan perkembangan isu ini dan berkata masalah ini disebabkan oleh Anifah.
“Mereka yang memulakannya, walaupun jelas dinyatakan dalam undang-undang tubuh siapa pribumi Sabah.
“Bajau salah satu daripada kaum itu dan saya daripada etnik itu,” katanya.
Pada Januari, Shafie mempertikaikan mengapa seteru politiknya menimbulkan isu keturunan beliau sedangkan ketua menteri terdahulu dengan latar belakang sama tiada masalah.
Shafie, yang berketurunan Bajau dan Semporna di pantai timur Sabah letih dengan golongan yang memainkan politik kaum dan menggunakan taktik menakut-nakutkan orang dengan mencemuh logo Warisan, iaitu sebuah kapal layar, seperti kapal lanun.
“Saya mahu tegaskan Warisan parti berbilang kaum dan terbuka kepada semua rakyat Sabah. Ada pihak mungkin mengatakan kita perlu label parti mengikut kaum. Tetapi saya rasa, kita perlu semai perasaan persaudaraan dan kesatuan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
“Kalau kita tidak terlalu tertumpu pada kaum, saya percaya kita boleh selesaikan banyak masalah,” katanya.
Beliau memberi amaran kepada Barisan Nasional terutamanya Umno bahawa satu tsunami baru akan melanda dan akan menamatkan pemerintahan mereka di Sabah.
“Sebelum ini kita ada PKR dan DAP sebagai parti berbilang kaum tetapi mereka parti nasional. Sekarang kita ada Warisan, yang diwakili semua kaum. Saya percaya gelombangkan baharu ini akan mengulangi tsunami Pakatan Harapan di Semenanjung dengan lebih kuat di Sabah melalui Warisan,” katanya.
Turut hadir di majlis malam tadi ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi PH Sabah Christina Liew dan para wakil dari DAP Sabah dan Amanah Sabah. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.