`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 25, 2018

Jamal: BN Selangor janji rumah percuma untuk pasangan muda, gaji rendah

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, kemungkinan pemberian rumah percuma itu akan dimasukkan dalam manifesto BN Selangor pada PRU14.
jamal
Jamal Yunos berkata, rumah percuma itu juga akan disediakan kepada golongan berpendapatan rendah.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa pengerusi BN Selangor berjanji akan memberi rumah percuma kepada pasangan muda baru berkahwin, jika parti itu menang di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau sudah membincangkan perkara itu dengan Tan Sri Noh Omar yang mengetuai BN Selangor.
“Yang belum ada rumah, yang mempunyai pendapatan RM2,500 ke bawah, kita bagi percuma.
“Janji pastikan balik mengundi BN, pastikan BN menang dan merampas Selangor daripada kerajaan yang tiada harapan masa depan ini,” katanya berucap di depan kira-kira 300 hadirin pada Majlis Ramah Mesra bersama pengundi luar Parlimen Sungai Besar di restoran miliknya, lewat malam Jumaat.
Beliau menjawab soalan seorang pengundi luar kawasan itu yang ingin tahu kemudahan disediakan kepada anak Selangor untuk membeli rumah.
Pada Julai 2013, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu, Datuk Seri Abdul Rahman mengumumkan pelaksanaan Projek Perumahan Transit untuk meringankan beban pasangan muda baru berkahwin dengan memperuntukkan 10% Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa golongan itu pada harga RM124 sebulan selama 2 tahun.
Katanya, sebagai permulaan, tumpuan pembinaan akan dilaksanakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur sebelum diperluaskan ke bandar lain.
Pada 18 Februari lalu, Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Satim Diman dilaporkan berkata caj 20 sen untuk beg plastik akan dihapuskan jika BN menang di Selangor pada PRU14.
Jamal berkata, rumah percuma turut akan disediakan kepada rakyat berpendapatan rendah.
“Yang lepas kahwin, tidak mempunyai rumah dan pendapatan terhad mungkin RM2,500, RM3,500 atau mengikut prasyarat daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kita bagi percuma kepada rakyat, apa masalahnya?
“Kerana Selangor ini negeri terkaya dan termaju,” katanya sambil menambah kemungkinan pemberian rumah percuma itu akan dimasukkan dalam manifesto BN Selangor.
Beliau berkata, Noh yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, berhasrat membina lebih banyak rumah di Selangor.
“Tetapi, ia tidak dapat didirikan kerana kerajaan Selangor tidak memberi kelulusan. Tanah dah ada, semua dah ada,” dakwanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.