`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, February 24, 2018

Elaun baharu Skim Latihan 1Malaysia RM2,000 sebulan

Gambar Blogspot najibrazak.com

SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kenaikan elaun Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sebanyak RM500 berbanding RM1,500 sebulan.
“Bila saya turun kereta Puan Norashikin Ismail (Ketua Sekretariat SL1M) sebentar tadi, dia kata Datuk Seri tambahlah elaun SL1M.
“Jadi tuan-tuan, saya dengan ini mengumumkan kadar elaun SL1M dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan,” katanya ketika berucap pada Program Temuduga Terbuka SL1M 2018 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), hari ini.
Najib berkata, menerusi temuduga terbuka SL1M kali ini, sebanyak 15,000 peluang pekerjaan ditawarkan tanpa mengira latar belakang dan peringkat kelulusan.
“Kita mesti ada kerajaan yang mendokong yang memberi peluang saksama kepada rakyat. Menerusi program hari ini, sebanyak 15,000 peluang pekerjaan disediakan.
“Kita akan beri peluang sama rata, tidak kira kaum, agama, tempat dan latar belakang,” katanya.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata hampir 140,000 graduan di negara ini mendapat pekerjaan menerusi SL1M yang dilancarkan pada Jun 2011.
Katanya, SL1M ialah satu daripada langkah intervensi kerajaan bagi memastikan lebih ramai graduan menganggur mendapat pekerjaan dengan menjalani latihan pekerjaan merangkumi aspek komunikasi, kemahiran berfikir, mempunyai sifat profesional, penyesuaian dalam organisasi serta berketrampilan.
Beliau berkata, individu yang menjalani latihan dalam tempoh setahun yang disediakan SL1M terbukti memberi impak positif serta memastikan mereka mempunyai persekitaran bekerja yang kondusif.
“Melalui SL1M, syarikat yang menyertai program ini mendapati pencari kerja mempunyai prestasi dan kemahiran baik, yang mana mereka akan diserap terus ke dalam syarikat berkenaan,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.