`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 25, 2018

BN janji tak roboh kuil, kurangkan cukai pintu jika menang di Selangor

masai-temple

KUALA LUMPUR: Tiada lagi kuil akan dirobohkan jika Barisan Nasional (BN) menawan kembali Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), menurut pegawai khas perdana menteri, Isham Jalil.
Dalam temubual khas dengan Ketua Pengarang Tamil Nesan, K Padmanabhan baru-baru ini, Isham berkata, kerajaan BN kini menentang perobohan kuil secara salah.
“Toleransi agama dan saling menghormati di kalangan masyarakat etnik di negara ini paling penting. Sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri pada 2009, banyak penekanan diberikan tentang pentingnya kesefahaman dan toleransi di kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya.
Isham berkata, sejumlah besar daripada RM50 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan penyelenggaraan kuil di negara ini untuk masyarakat India.
“Bagaimanapun, saya sedih mendengar keadaan sebaliknya di Selangor sejak Pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 apabila 20 kuil dirobohkan pihak berkuasa tempatan negeri.”
Isham menjawab soalan Padmanabhan mengenai tindakan merobohkan sebuah kuil Hindu di Masai, Johor, yang dikatakan dijalankan kerajaan negeri, tetapi sebenarnya dilakukan pemilik tanah persendirian itu.
Dalam pada itu, Isham mengulangi keyakinannya kerajaan akan mengurangkan cukai pintu supaya lebih ramai golongan muda mampu membeli rumah dan mengurangkan kos sara hidup, jika BN menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
“Disebabkan kenaikan besar cukai pintu dan cukai perniagaan oleh kerajaan Pakatan, harga hartanah dan kadar sewa bagi premis kediaman dan perniagaan meningkat dengan ketara.
“Ini menyebabkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan, jadi kos sara hidup meningkat dan menimbulkan bebanan kepada penduduk di Selangor.”
Isham berkata, rakyat di Selangor, terutama golongan muda tidak lagi mampu membeli rumah kerana mereka terpaksa membayar sejumlah besar bagi pinjaman rumah yang memberi kesan negatif kepada pendapatan boleh guna, justeru meningkatkan kos sara hidup. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.