`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 18, 2017

Pejabat Agama Langkawi diarah siasat video ajaran sesat

Video yang tular di media sosial sejak seminggu lalu itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai 'Tok Guru' mempersoalkan kewujudan Allah, syahadat serta rukun solat.
ajaran-sesat-pulau-tuba-langkawiALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai penularan satu klip video yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat di Pulau Tuba, Langkawi.
Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Ismail berkata, pihaknya sudah mengarahkan Pejabat Agama Langkawi melakukan siasatan berhubung perkara itu.
“Berdasarkan apa yang saya lihat (pemerhatian awal) ilmu ini salah dari segi akidah dan fahaman, yakni mempersoalkan tentang kesaksian kita kepada Allah serta mempersoalkan syahadat kita.
“Jadi, saya sudah meminta pegawai membuat siasatan untuk mengenal pasti apa sebenarnya ajaran ini,” katanya kepada Bernama.
Video yang tular di media sosial sejak seminggu lalu itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai “Tok Guru” mempersoalkan kewujudan Allah, syahadat serta rukun solat.
Turut dipaparkan dalam video kira-kira 6 minit itu ialah beberapa lelaki yang menyokong kenyataan “Tok Guru” terbabit. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.