`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 12, 2017

RANI KULUP NAK ‘TRY’ AZALINA OTHMAN PULA

Setelah tular kisah ‘minatnya’ pada peguam Siti Kasim dan jutawan kosmetik Datuk Vida, aktivis popular Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini ‘memetik’ nama baru.
Dalam wawancara rancangan bual bicara santai di Astro Ria, Rani yang membahasakan dirinya sebagai ayah, secara spontan mengaku mahu mencuba nasib dengan “Azlina Othman”.
Nama itu terpancul secara spontan ketika ditanya pengacara siapa lagi beliau hendak mencuba nasib sebagai isteri ketiganya.
Suasana diam sebentar ketika beliau menyebut nama itu, yang mirip Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
“Azlina Othman? Siapa?” kata seorang pengacaranya perlahan.
Kemudian seorang lagi pengacara meminta penjelasan Rani: “Penyanyi ke pelakon ke?”
Rani bagaimanapun menjawab beliau juga tidak tahu kerana nama itu dicadangkan pihak lain padanya.
“Orang yang bagi tahu ayah. Ayah mana tahu,” katanya sambil disambut gelak ketawa para pengacara.
Rakaman siaran itu disiarkan kembali di YouTube.
Vida telah pun menolak lamaran Rani kerana ‘raja repot polis’ itu bukan pilihan hatinya.
Siti pula tidak memandang serius perkara itu kerana baginya Rani cuma bergurau.
– M’kini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.