`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, June 23, 2017

Tuah tompok di badan

ETVITA Patcey Edgar Delmundo teruja ketika menghadiri sesi uji bakat Miss Universe Malaysia di Kota Kinabalu. - Foto Nazllie Zainul

bhnews@bh.com.my
KOTA KINABALU: Tiada siapa yang menduga daripada seorang wanita pemalu dan tiada keyakinan diri apabila berdepan di khalayak ramai, kini dia mampu mengatasinya.
Semuanya, gara-gara masalah tompokan hitam dan tahi lalat atau Congenital Melanocytic Nevus pada hampir seluruh tubuhnya yang dialami Evita Patcey Edgar Delmundo, 20, sejak lahir.
Malah, gadis yang sering diejek itu kini bangkit mengatasinya, sehingga mendorong Evita atau mesra dipanggil Eta, menghadiri sesi uji bakat pencarian Miss Universe Malaysia.
Gadis kelahiran Kota Kinabalu itu kini menjadikan masalah kulit berkenaan sebagai suatu kelebihan dan keistimewaan dirinya sehingga sudah menerima tawaran untuk menjalani sesi fotografi bagi memperagakan produk daripada beberapa pihak.
Eta, anak kedua daripada lima beradik itu mengakui sebelum ini dia memang seorang yang tidak mempunyai sifat percaya pada diri sendiri disebabkan sering dihina dan dibuli, selain tidak mempunyai kawan berikutan memiliki memiliki kulit yang luar biasa.
Bagaimanapun, Eta, satu-satunya dalam keluarga yang mempunyai masalah kulit itu bersyukur dan yakin anugerah Tuhan itu pasti membawa rezeki kepadanya suatu hari nanti.
[[gn4id:21293652]]
[[gn4id:21293633]]
"Dahulu, saya selalu menangis dan mengadu kepada ibu mengenai keadaan kulit saya tetapi apabila memasuki sekolah menengah, timbul rasa yakin pada diri sendiri dan mula memberanikan diri bergaul dengan orang sekeliling.
"Nasihat dan kata-kata semangat daripada ibu, adik-beradik dan rakan rapat adalah pembakar semangat saya dalam setiap apa yang dilakukan sekarang.
"Saya tidak mahu lagi terlalu memikir mengenai tanggapan negatif dan sindiran sinis masyarakat, malah ambil semua itu sebagai pemangkin untuk membuktikan saya juga boleh berjaya seperti individu lain," katanya yang mempunyai ketinggian 160 sentimeter.
Gadis berdarah campuran Filipina dan Rungus itu turut berkongsi keterujaannya menghadiri sesi uji bakat Miss Universe Malaysia yang berlangsung di Kota Kinabalu, baru-baru ini dan berharap terpilih ke peringkat saringan seterusnya.
"Saya dapat lihat ramai yang terkejut dan kagum melihat kehadiran saya ke lokasi uji bakat ketika itu, tetapi fokus saya pada waktu itu hanya mahu mencuba nasib dan memberi tumpuan kepada semua pertanyaan panel juri.
[[gn4id:21293660]]
[[gn4id:21293664]]
"Melihat barisan juri termasuk bekas Miss Universe sebelum ini, keyakinan diri kian bertambah untuk pergi lebih jauh sebagai peragawati," katanya yang kali pertama menghadiri sesi uji bakat dalam bidang peragaan. 
ETVITA Patcey Edgar Delmundo teruja ketika menghadiri sesi uji bakat Miss Universe Malaysia di Kota Kinabalu. - Foto Nazllie Zainul© Provided by Media Prima ETVITA Patcey Edgar Delmundo teruja ketika menghadiri sesi uji bakat Miss Universe Malaysia di Kota Kinabalu. - Foto Nazllie Zainul
Eta berkata, dia meminta bidang peragaan kerana mengambil inspirasi daripada kakak sulungnya yang sebelum ini aktif dalam bidang peragaan serta pernah mengikuti pertandingan Unduk Ngadau atau ratu cantik Kaamatan.
Katanya, di sebalik memiliki wajah luar biasa akibat banyak tahi lalat dan tompokan hitam, dia sebenarnya mengakui sering kali mendapat perhatian orang ramai apabila pergi ke mana-mana dan menganggapnya sebagai suatu kelebihan.
"Saya turut berterima kasih kepada Malaysia Beauty Pageant FC (MBPFC) kerana memilih saya sebagai pencetus inspirasi bagi gadis yang kurang keyakinan dengan kecantikan sehingga menjadi viral di media sosial, susulan gambar saya dimuat naik di Instagram MBPFC, baru-baru ini.
Dia yang mempunyai bakat menyanyi dan bermain gitar, kini mempunyai hampir 30,000 pengikut di laman Instagram.
[[gn4id:21293683]]
[[gn4id:21293642]]
Selain mahu dikenali dalam bidang peragaan, Eta berkata, dia juga mahu melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi dan bercita-cita bergelar pakar motivasi suatu hari nanti.
Sementara itu, ibu Eta, Rahel @ Ralyn Sarah, 49, berkata dia pernah membawa anak perempuannya berjumpa pakar ketika berusia tiga tahun namun doktor menyatakan Eta tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.
"Kali kedua kami berjumpa pakar kulit sekitar tiga tahun lalu ketika Eta berumur 18 tahun. Doktor pakar tetap menyatakan tahi lalat pada tubuhnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan, malah menyarankan supaya Eta tidak membuangnya kerana bimbang boleh mendatangkan kesan negatif.
"Sebagai ibu, pastinya saya mahukan yang terbaik untuk semua anak. Saya dan keluarga menerima Eta terima seadanya, asalkan dia berada dalam keadaan sihat itu sudah membuatkan saya gembira," katanya.
INFO: Evita Delmundo
Nama Penuh: Etvita Patcey Edgar Delmundo
Nama Panggilan: Eta
Umur: 20 Tahun
Adik-beradik: Anak kedua daripada lima beradik.
Cita-cita: Model dan pakar motivasi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.