`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 7, 2017

Panas : Pegawai LHDN Dedah Hasil Negara Cukup Tetapi MOI Terlalu BOROS

Image result for najib u help me i help u

I received this via WhatsApp. This thing has been going around for a while. My comments in blue.

Menurut sumber dari LHDN - Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan BN memangsakan rakyat. Hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas rakyat untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kpd golongan berkemampuan utk menjadi sumber kpd negara sama ada menerusi cukai langsung korporat/individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan/perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan BN mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan drpd sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 30 juta.

Namun, ternyata kerajaan BN untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dlm berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan BN membentangkan belanjawan defisit selama 19 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan BN hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 3 tahun mendatang.   

(My comments : Ini tidak akan berlaku dalam tiga tahun. Kita tidak boleh tutup lubang besar defisit negara yang makin besar dalam tempoh 36 bulan sahaja. Ini adalah angan-angan sahaja oleh orang Kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang tidak faham ekonomi atau bisness dan yang bersifat kebudak-budakan  atau childish).  

 
Secara ringkas di bawah adalah data mengenai hasil yang dikutip berbanding perbelanjaan kerajaan sebagaimana tahun-tahun berikut:

Hasil (H)       Perbelanjaan (P)

2008 (H) 148 bilion (P) 176 bilion
2009 (H) 161 bilion (P) 207 bilion
2010 (H) 148 bilion (P) 191 bilion
2011 (H) 165 bilion (P) 212 bilion
2012 (H) 186 bilion (P) 232 bilion
2013 (H) 208 bilion (P) 251 bilion
2014 (H) 224 bilion (P) 264 bilion
2015 (H) 235 bilion (P) 273 bilion

 
b. Hutang Negara
 
Belanjawan defisit menyumbang kpd peningkatkan hutang negara dari setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. 
Pada 2015 hutang negara telah menjangkau 847.9 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM 90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
2016 RM847.9 bilion.

(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion. 
Selepas 18 tahun pada tahun 2015 telah menjadi RM847.9 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Bila Najib mengambil alih negara, hutang meningkat sekali ganda kpd 376 billion.

Malang bagi rakyat Malaysia disebabkan Najib boros berbelanja maka hutang terkini Malaysia meningkat menjadi RM 847.9 Bilion

c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015 dan RM36 bilion pada 2016. Jika ketirisan ditangani maka GST sebenarnya tidak perlu.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM176 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM273 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dgn masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan GST kerana (GST) adalah cara paling mudah utk mengutip sumber terus drpd rakyat termasuk golongan miskin dan Asnaf.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai GST.

Menteri Kewangan Kabinet Najib pernah berkata bahawa negara lain juga mengenakan GST kenapa Malaysia tidak boleh? Dengan memberi contoh Indonesia mengenakan GST sejumlah 10% kepada rakyatnya berbanding Malaysia 6%. 

Namun Menteri kabinet kayu Najib terlupa bagitau rakyat Malaysia bahawa Indonesia hanya mengenakan GST terhadap barang yang diimpot sahaja dan barangan tempatan tidak dikenakan GST.
 

Di Malaysia, GST Tempatan menyumbang 90% kpd pungutan keseluruhan GST manakala GST import 10% sahaja. 

(GST Tempatan dikenakan kpd seluruh rakyat terhadap barang yg dibeli dan perkhidmatan yg diterima manakala GST import hanya dikenakan kpd peniaga yg mengimport barang dari luar negara)

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas. 

Cara mudah kerajaan Najib mencari sumber kewangan tanpa perlu penasihat ekonomi yang profesional. Tetapi tidak bagi Najib penasihat kewangan bertaraf dan bergaji menteri lebih kurang 7 orang.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin. 

Suka atau tidak rakyat perlu bayar cukai, jika tidak keluar dari Malaysia kata beberapa orang Menteri/Ahli Parlimen Umno.
  • Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku.  
  • Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya dikenakan kpd orang yg berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada RM2,500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. 

Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.
 
d. Rumusan

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAK RM 847.9 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT KHUSUSNYA CUKAI GST. 

DENGAN KATA LAIN, RAKYAT DISURUH MEMBAYAR HUTANG NEGARA MANAKALA PEMIMPIN TERUS BOROS BERBELANJA!!!

CUBA KITA KIRA - RM847.9 BILION HUTANG BAHAGI 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA: RM847,900,000,000.00 / 30,000,000 = RM28,263.

JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MENANGGUNG BEBAN HUTANG SEBANYAK RM28,263.00

JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH, MALAYSIA AKAN MENGHADAPI SITUASI CUKUP SUKAR/BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......

UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT KHUSUSNYA PENDUDUK KG/LUAR BANDAR MAKA NAJIB MEMBUAT KEPUTUSAN MENAIKKAN NILAI BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA  (BR1M).


SEBENARNYA PEMBERIAN BR1M HANYALAH UMPAN SUPAYA MULUT RAKYAT MARHEIN DITUTUP DAN DENGAN KENAIKAN BRIM MAKA KAK BEDAH DAN SUKU SAKATNYA DI KAMPUNG AKAN TERUS MENGUNDI UMNO/BN UNTUK MEMBERI NAJIB/ROSMAH BERKUASA 5 TAHUN LAGI.

 
MARILAH KITA BEBASKAN MINDA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN YG BIJAK BERDASARKAN FAKTA DAN MAKLUMAT DI DEPAN MATA. 

JGN TERPERANGKAP DGN RETORIK UMNO YG SELALU MENAKUT2KAN RAKYAT UTK MENGEKALKAN SOKONGAN. 

NEGARA SUDAH LAMA MERDEKA DAN SEHARUSNYA RAKYAT BEBAS MERDEKA MENENTUKAN PEMIMPIN YG MEREKA KEHENDAKI TANPA PERLU DIUGUT. 

RAKYAT BOLEH MENILAI KALAU PEMIMPIN ITU IKHLAS BERKHIDMAT. 

KITA  TIDAK PERLU TAKUT KEHILANGAN KUASA SERTA JAWATAN KERANA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN YG DIUNDI OLEH RAKYAT IALAH BERKHIDMAT KPD RAKYAT. 

DAN PEMIMPIN INI TDK PERLU MENGUNGKIT KERANA SETIAP PERKHIDMATAN YG MEREKA BERIKAN AKAN DIBERI BAYARAN YG SETIMPAL SEPERTI BERMACAM2 ELAUN/GAJI MENTERI/YB DAN IMBUHAN SERTA KEMUDAHAN2 YG LAIN. 

MAJORITI MENTERI/YB UMNO INI MENYANDANG PELBAGAI JWTN/PENGERUSI GLC.

 
KEPADA RAKYAT, BUATLAH KEPUTUSAN TANPA BEREMOSI DAN BERDASARKAN AKAL YG WARAS UTK KEPENTINGAN ANAK CUCU KITA DI MASA DEPAN. 


TOLAKLAH PEMIMPIN YG TERANG2 RASUAH DAN TIDAK BERINTEGRITI YG MEMPERBODOHKAN SERTA MENGHISAP DARAH RAKYAT. 

 
JGN KELAK ANAK CUCU KITA MEMPERSALAHKAN KITA KERANA TIDAK MEMBUAT SESUATU WALAUPUN PEMIMPIN MENTADBIR NEGARA MENGIKUT KEMAHUAN MEREKA YG MENGAKIBATKAN KEROSAKAN DAN KEHANCURAN.

 
PEGAWAI LHDN PRIHATIN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.