`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 20, 2017

Corat-carit H355: Kanak-kanak Dijadikan Perisai?

Peserta himpunan Akta 355 langgar syarat bawa bayi, kanak-kanak 

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, para peserta perhimpunan Akta 355 yang berlangsung di Padang Merbok semalam telah melanggar syarat kerana membawa bayi dan kanak-kanak. 

"Pada 18 Februari 2017, antara jam 1400 hrs (2 petang) sehingga 2330 hrs (11.30 malam), semasa polis menjalankan tugas kawalan keselamatan di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, telah mendapati ramai peserta perhimpunan RUU 355 memakai baju ungu membawa bayi dan kanak-kanak kecil menghadiri perhimpunan tersebut. 


"Hasil siasatan awal mendapati bayi dan kanak-kanak yang dibawa menghadiri perhimpunan tersebut dalam lingkungan umur 7 bulan sehingga 15 tahun," kata beliau dalam kenyataan. 

Tindakan membawa bayi dan kanak-kanak itu merupakan suatu kesalahan dibawah Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012, jelasnya. 

Semalam, PAS menganjurkan perhimpunan Akta 355 yang menyaksikan kehadiran puluhan ribu peserta yang memakai baju ungu bertujuan menyokong usul Rang Undang-Undang Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Mac akan datang. 

Kanak-kanak termasuk pelajar sekolah agama adalah antara mereka yang hadir dalam perhimpunan tersebut. 

Dalam catatan di Facebook, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, penyertaan itu disebabkan mereka cintakan agama. 

"Bukan pelajar-pelajar tahfiz atau pondok ataupun anak-anak bawah umur sahaja akan hadir, malahan anak-anak baru lahir dan yang masih dalam perut pun akan dibawa oleh pendukung-pendukung perjuangan Islam supaya mendidik zuriat mereka untuk cinta pada agamanya supaya ia tidak menentang agamanya bila dewasa. 

"Menjadi budak-budak yang cintakan agamanya jauh lebih mulia dari jadi dewasa tapi bencikan agamanya," kata Rosli. 

Mengulas lanjut, ACP Mohd Sukri berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sehingga kini tiada sebarang rampasan dan tangkapan dilakukan. -mk 

ULASAN GB 

Patutlah ramai... kanak-kanak pun diangkutnya ke padang Merbok. Selain dari pelajar-pelajar Tahfiz, ahli-ahli PAS turut membawa anak-anak mereka ke perhimpunan berkenaan. 

Alasan yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar kononnya penyertaan itu disebabkan mereka cintakan agama amat tidak masuk akal. 

Kanak-kanak itu dibawa selain dari nak menampakkan himpunan itu ramai, ia juga mendedahkan sikap ahli PAS yang ingin menjadikan anak-naka mereka sebagai "perisai" untuk mendapat belas kasihan pihak berkuasa jika berlaku sebarang insiiden yang tidak diingini ke atas mereka. 

Mendedahkan kanak-kanak itu di tengah panas dan hujan yang lebat, tidakkah itu memudharatkan kanak-kanak berkenaan? 

Apakah mendidik untuk cintakan ugama dalamasa yang sama mendidik mereka membelakangkan undang-undang yang telah termaktub? 

Selain dari kanak-kanak dengan jumlah yang agak ramai (ada ibu/bapa yang membawa semua anak-anaknya 5-6 orang) ke himpunan, pengangkutan bas percuma yang disediakan, sokongan dari pihak berkuasa dan tanpa ugutan menjadilah himpunan itu tampak ramai. 

Maka "tercapailah niat penganjur" untuk menandingi perhimpunan BERSIH, seperti dicatatkan oleh beberapa orang peserta himpunan di dalam status media sosialnya: 


Dan benarlah apa yang GB sebutkan sebelum ini: 


Di dalam ulasan GB yang lepas GB sudah nukilkan: 

Jadi nawaitunya sejak awal sudah tidak betul. Nak tunjuk H355 dapat menandingi BERSIH. Mungkin ramai yang terpedaya dengan PAS di atas nama agama dan penyatuan bangsa untuk H355, tetapi itulah PAS akan dapat. Sedangkan tujuan sebenar untuk mendapat sokongan ahli parlimen bagi meluluskan Rang Undang-undang itu akan menemui kegagalan.

Ini berdasarkan kepada sepotong hadith dari Rasulullah dalam sabdanya:

ومَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Barangsiapa yang hijrahnya untuk kepentingan duniawi, atau kepentingan wanita yang dinikahi, maka manfaat hijrahnya pun sesuai dengan apa yang dihasratkannya.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. H355 itu hanya bertujuan politik semata-mata untuk memperbodohkan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini. Ia hanya bakal membangkitkan dan menebalkan sentimen keagamaan dan memarakkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia!

Kemudian kita dapati insiden memaki hamun dengan plakad serta membakar bendera parti-parti lain khususnya DAP turut mewarnai H355. Melambangkan betapa dasyatnya sikap dan tindakan golongan taksub parti berkenaan. 



Apabila GB angkat hal ini ke media sosial untuk membuktikan wujudkan kejadian pembakaran tersebut, maka salah seorang pascai bangun membela katanya ia adalah penyamaran dari mereka yang bukan ahli PAS untuk mencemarkan nama PAS. 

Lalu GB pun jawablah begini: Dia ahli PAS yang kemudiannya PAS tak akui sebagai ahli. Jika benar mereka menyamar mengapa mereka yang ditahan oleh Unit AMAL itu tidak menyerahkan kepada pihak polis? Terkedulah dia untuk menjawabnya. 

Ternyatalah bahawa himpunan yang diberikan liputan meluas oleh media arus perdana itu sebenarnya satu himpunan yang gagal kerana bertitik-tolak dari nawaitu yang salah. 

Ada banyak lagi perkara yang GB boleh ulaskan di sini tetapi mungkin sampai besok pagi pembaca blog ini terpaksa menatapnya.

Justeru sebagai pengakhir kata bagi entri ini, GB tertarik dengan satu status seorang rakan di media sosial untuk kita fikirkan bersama. 


Dan kepada mereka yang memusuhi DAP tak tentu pasal (walau pun ada juga dari parti-parti bukan Islam lain yang menentang pindaan RUU355 seperti Gerakan, MCA, MIC dan lain-lain, tetapi hanya DAP yang dijadikan sasaran) GB ingin menasihatkan mereka untuk mengikuti nasihat dari Allahyarham TGNA yang dengan lemah lembut menyatakan:




TGNA tidak suruh memaki hamun mereka atau membakar bendera mereka. Tak suruh menggelar mereka dengan nyamuk, agas dan seumpamanya. Sifat TGNA ini mengingatkan kita tentang kisah bagaimana seorang Yahudi telah melemparkan najis kepada jubah baginda Nabi Muhammad saw. Marahkah baginda? Tidak, malah baginda hanya tersenyum sehingga terkulai layulah si yahudi itu mendatangi Rasulullah dan akhirnya dia memeluk Islam! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.