`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 2, 2016

‘UMNO SEPATUTNYA BERTERIMA KASIH PADA ORANG MELAYU’

Seorang perwakilan hari ini menyeru Umno supaya berhenti daripada meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada parti itu.
“Sudah tiba masanya untuk Umno berhenti meminta orang Melayu memberi sumpah setia pada Umno. Malah sudah tiba masanya untuk Umno berhenti mengenang-ngenang apa yang telah Umno berikan kepada orang Melayu,” kata wakil Umno Johor, Datuk Ayub Rahmat.
Ayub menegaskan demikian ketika berucap di perhimpunan agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Sebaliknya, Ayub yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah menegaskan bahawa parti itulah yang sepatutnya berterima kasih kepada orang Melayu.
Kata Ayub, keutuhan dan keberadaan parti itu yang terus kekal berkuasa selama ini adalah kerana jasa dan budi orang Melayu.
“Saya menegaskan bahawa sebenarnya bukan orang Melayu yang terhutang budi dengan Umno. Umno yang terhutang budi dengan orang Melayu.
“Umno itu wujud kerana orang Melayu. Umno berjaya memimpin Malaysia kerana orang Melayu,” kata Ayub.
Oleh itu, Ayub mengingatkan kepimpinan parti itu agar jangan sesekali lupa siapa di sebalik kejayaan Umno hari ini.
“Jangan sesekali kita lupa, Umno tidak akan berada pada kedudukan kuasa sebegini lama jika tidak kerana orang Melayu.
“Telah tiba masanya Umno yang berterima kasih dengan sokongan orang Melayu selama ini. Umno tidak boleh berjaya tanpa orang Melayu. Tidak, dan tidak sama sekali,” tegas Ayub.


MKINI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.