`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, May 30, 2016

Gara-Gara Muatnaik Foto Makan Durian Di KLIA Dato Aliff Syukri Dikutuk




SEPANG - Gara-gara memuat naik gambar makan durian bersama ahli keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Aliff Syukri dikecam di media sosial. 

Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen:

"Sebelum terbang di Auckland Swezeland, kami sekeluarga lepaskan gian makan durian musang king dulu di KLIA. Maklumlah kami orang kampung memang stail begini. Nasib baik tak kena tegur dengan pegawai KLIA. Korang pernah macam ini juga ke??" katanya. 

Tindakan Usahawan jutawan itu dikecam hebat oleh netizen di media sosial. 

"Umum tahu durian itu kuat baunya. Dah kenapa makan di KLIA yang sah-sah tempat terlarang makan durian? 

"Orang kampung makan durian, takde pun nak rakam gambar bagai tunjuk kat orang diri itu kekampungan. Ini nak berkongsi kononnya diri itu humble atau riak nak menunjuk-nunjuk? Inilah penyakit pengguna media sosial zaman sekarang," kata Siti Halwa. 

"Durian baunya kuat, kena jaga sensitiviti, lebih-lebih lagi di international airport. Lagi ramai yang tak boleh hidu bau durian. Sivik perlu dijaga, sensitiviti orang lain juga perlu dijaga.

"Masa kaum lain bawa anjing masuk hypermarket, tahu pula bising pasal sensitiviti. Kita di Malaysia bukan hanya satu kaum sahaja. Tolonglah," kata Deli Shariffuddin. 

"Aku tahulah dia kaya dan banyak harta. Tetapi perlu ke nak makan durian di airport? Apa motif dia? Nak tunjuk dia low profile ke? Serius aku tak jeles, tetapi aku hairan," kata Norshaz Zainudin.

Menyedari dirinya dikecam di media sosial, Datuk Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf. 

"Saya mohon maaf kalau salah saya," katanya ringkas.  - PIXEL MEDIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.