`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 29, 2015

GHB Ambil Alih Pejabat PAS Jelebu, 17 Pemuda PAS Sri Gading Letak Jawatan...


Jelebu - Seramai 24 orang daripada 28 Ahli Jawatankuasa termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kawasan itu mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa hari ini, demikian lapor Sinar Harian. 

Sehubungan itu, Pejabat Pas kawasan itu ditutup dan akan menjadi pejabat operasi Harapan Baru kawasan berkenaan

Timbalan Pengerusi Harapan Baru Jelebu, Muhammed Zabidi Abdullah berkata, mereka akan menghantar surat perletakan jawatan kepada Pas Pusat minggu depan dan keahlian mereka juga akan terlucut selepas menyertai parti baharu.

"Setakat ini kita telah menerima keahlian seramai 180 orang dan dijangka akan lebih ramai lagi penyertaan.

"Kita menjangkakan seramai 500 keahlian Harapan Baru sehingga hujung tahun ini,"katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam‎.

Hadir sama, Pengerusi Harapan Baru Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan, Muhamad Taufek Abdul Ghani.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pas sekarang yang membiarkan 'mungkar fitnah' berleluasa semasa pemilihan di dalam Muktamar Ke-61 lalu.

Dalam perkembangan yang berasingan, akhbar Sinar Harian turut melaporkan 17 orang pemuda PAS Sri Gading meletakkan jawatanya.

Susulan peletakan jawatan 19 jawatankuasa Pas Kawasan Sri Gading, dua hari lalu, tindakan yang sama diambil jawatankuasa Pemuda, semalam.

17 kepimpinan pemuda kawasan sesi 2015/2017 tersebut melepaskan jawatan masing-masing yang diketuai Ketuanya, Noorazrin Sakib.


Beliau turut menyandang jawatan selaku Ketua Lajnah Politik dan Organinasi berbuat demikian kira-kira jam 10.20 malam tadi di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pt. Yaani.

“Dengan ini pada tanggal 27 Ogos 2015 pada jam 10.20 malam, kami dari sebahagian ahli jawatan kuasa pemuda Pas kawasan Sri Gading telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.

“Bersama kami sebahagian dari ketua dan ahli jawatankuasa pemuda cawangan-cawangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Noorazrin yang mewakili rakan seperjuangan yang lain turut memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan sepanjang memegang kepimpinan Pemuda.

“Semoga ukhwah yang kita bina selama ini subur hingga akhirnya dan mendapat rahmat,” katanya.

Turut mengambil keputusan yang sama, Timbalan Ketua Pemuda merangkap Pengerusi Jabatan Pilihanraya Pemuda, Ahsanuddin Saja dan Naib Ketuanya yang juga Ketua Pemuda Cawangan Panchor, Khairulnizam Abd Manaf bersama 14 yang lain.

Bernama pula melaporkan mesyuarat pemilihan anggota jawatankuasa gerakan Harapan Baru Sarawak pada 20 Ogos lepas, sebulat suara memilih‎ bekas Ketua Penerangan Pas Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden sebagai pengerusi negeri.


Andri berkata, beliau akan menerajui Harapan Baru Sarawak dan akan dibantu anggota‎ jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta latar belakang profesional berbeza.

"Dalam mesyuarat itu juga kami bersetuju sebulat suara Harapan Baru Sarawak akan meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

"Dun yang menjadi sasaran Harapan Baru bukan hanya kerusi‎ pengundi Melayu, malah kerusi majoriti bukan Islam juga menjadi sasaran," katanya kepada Bernama.

Andri berkata Harapan Baru Sarawak menyasarkan kerusi antaranya Dun Lambir, Samalaju, Semariang, Muara Tuang, Kedup, Triboh, Batang Sadong, Sebuyau, Beting Maro, Belawai, Dalat, Demak Laut dan Dalat.

‎ "Namun pembahagian kerusi ini hanya akan diputuskan selepas berunding dengan rakan-rakan daripada DAP dan PKR serta kelulusan Harapan Baru pusat untuk semakan.

"Kami sudah mempunyai calon yang berwibawa, berpotensi serta bersedia untuk diletakkan di kawasan fokus tersebut. Rata-rata adalah kalangan anak tempatan yang sudah tentu diberi keutamaan," katanya.

Menurut Andri yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Santubong, Harapan Baru‎ Sarawak akan mengadakan sidang media memperkenalkan AJK dan mempromosi program mereka pada 4 September ini.

"Pada 6 September, sidang media bersama Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu yang juga‎ bekas Timbalan Presiden Pas serta pemimpin Harapan Baru pusat seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul‎ Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama pimpinan PR Sarawak akan diadakan," katanya. - Bernama







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.