`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 31, 2015

Jangan derhaka kepada Sultan, kata BN kepada Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dinasihati pembangkang negeri untuk menunaikan tanggungjawabnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dinasihati pembangkang negeri untuk menunaikan tanggungjawabnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.
Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mendakwa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berbohong apabila menimbulkan isu perebutan aset tanah dalam penstrukturan air Selangor, yang sebahagiannya berada di Wilayah Persekutuan.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, Azmin sengaja melengahkan kemajuan yang ingin dibawa Putrajaya dan mempunyai agenda peribadi seolah-olah sengaja mahu menderhaka kepada Sultan.
"Pembohongan Menteri Besar itu besar. Kerajaan negeri mahu berebutkan harta dan aset Wilayah Persekutuan dan sengaja melengahkan kemajuan yang ingin dibawa kerajaan persekutuan. Ini menjadi tanda tanya kepada kami.
Ahli DUN (Adun) BN-Batang Kali itu mendakwa, Azmin mula lupa dan ingkar dengan lafaz sumpahnya pada 23 September 2014, selepas kira-kira enam bulan lalu.
Nadzari berkata, antara isu yang menzalimi rakyat di bawah pentadbiran Azmin ialah penganiayaan terhadap penduduk Datum Jelatek, Lebuh Raya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex), isu air yang masih tidak selesai, selain Langkah Kajang angkara Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelbagai penganiayaan kepada rakyat menjadi satu kezaliman yang jelas, khususnya sejak September lalu.
"Saya seru Menteri Besar segera insaf atas salah laku beliau dan menyahut titah Sultan kelmarin yang mahukan tumpuan diberi kepada soal pembangunan dan cabaran masa depan bagi merealisasikan aspirasi rakyat.
"Saya seru Menteri Besar jangan derhaka dengan lafaz yang dibuat dahulu, dan jangan derhaka kepada Sultan. Tunaikan amanah dipikul. Kasihani, dan jangan aniaya."
Beliau berkata, kerajaan BN di peringkat persekutuan sentiasa mahukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia, termasuk penduduk Selangor.
"Kita sentiasa bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri tanpa diskriminasi."
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri itu dimuktamadkan segera mengikut perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 12 September 2014
Azmin dalam sidang DUN pagi tadi mendakwa, Putrajaya mahu semua aset tanah yang menghubungkan jajaran paip air sepanjang 26,000km milik Selangor.
Katanya, Putrajaya sengaja menginginkan tanah itu kerana kedudukan kewangan mereka hampir muflis, dan mengaitkannya dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.