`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 31, 2015

Ini Bukti Najib Telah Menipu Seluruh Rakyat Malaysia Mengenai GST.

Najib Najib.

Aku perhatikan je berita tadi. Kat Awani. Kat internet. Semua tempat melaporkan sembang kencang kau tadi. 

Aku membaca ;



Najib dilaporkan berkata ;


Datuk Seri Najib Razak said today the government was committed to ensuring that the implementation of the goods and services tax (GST) would not burden the people.

The prime minister said it should be realised that the primary objective of the implementation of the GST was to strengthen the country's financial resources and, eventually, ensure more effective development for the nation's progress and people's good.

"Our aim of implementing the GST is not to burden the people. We implement the GST in a way to minimise the burden on the people. No other country has given as many zero-rated GST and exemptions as we have.

"This goes to show that the government really does not want to burden the people. We will implement the GST without burdening the people. At the same time, we will raise the nation's revenue, and this is for the people's good," he said.

Rujukan : sini.

Ini la masalahnya bila piem berucap seorang diri sembang kencang huha huha takde orang berani nak pertikaikan sebab cuak.

Sepatutnya Najib lafazkan kenyataan tersebut depan-depan aku. Sebab aku ada banyak bukti GST telah membebankan rakyat marhaen sungguh pun belum dilaksanakan lagi.

Kita tak payah pergi jauh. Kita amek satu benda. Iaitu perkhidmatan MyEG. Dah tengok dah kat website dorang? Kalau belum meh baca kat bawah neh hah ;


L A N ... LAN. C blablablabla.. itu yang aku rasa bila nampak notis di atas.

MyEG ialah satu perkhidmatan yang disediakan kepada kerajaan. Bagi memudahkan urusan rakyat dalam hal-hal tertentu. MyEG bukan agensi kerajaan. Sebaliknya satu jenis perkhidmatan yang dibangunkan oleh syarikat luar. Namun perkhidmatan mereka deliver kepada kerajaan Malaysia. Yakni, sudah tentu la kerajaan ada bayar apa-apa kat MyEG sebagai upah kepada perkhidmatan yang disediakan.

Dan itu pun, kerajaan kau kenakan GST.

Memang pelik nak mampos.

Antara beberapa perkhidmatan yang disediakan oleh MyEG ialah ;

- Check saman
- Renew permit
- Renew roadtax
- Bayar zakat pun dah boleh
- Bayar saman pun boleh juga

Dan banyak lagi la yang berkaitan.

Yang jadi persoalannya ialah, untuk bangunkan website sebegitu, wang pembayar cukai sudah dihabiskan bagi membayar kos-kos berkaitan sepanjang tempoh perjanjian berjalan.

Motifnya adalah untuk memudahkan urusan rakyat Malaysia dalam hal-hal tertentu berkaitan agensi kerajaan dan pembayaran.

Dan, apa?

NAJIB CAJ AKU GST SEMATA-SEMATA AKU GUNA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH PORTAL BERKENAAN?

Biar betul. Bila aku dah dicaj atas benda yang aku tak dicaj cukai sebelumnya, ini bermaksud pertambahan kos. Bila kos dah bertambah = aku kena keluar lebih wang dalam menjalankan sesuatu urusan. Itu jika babitkan 1 urusan. Jika 10 urusan dengan 10 jenis caj yang berbeza? Jika 20 urusan dengan 20 jenis caj yang berbeza? Jika 100? Jika 200? Jika 500? Macam mana?

Tak membebankan rakyat ke?

Cakap ada tengok fakta ke takde sebelum membebel depan orang? 

Dan macam mana pula dengan kad pelajar?


Kad pelajar pun nak caj GST. Ini tak menyusahkan orang ke? Tambang naik satu hal. GST lagi. Itu tak masuk part buku-buku. Semua ada GST. Kecuali buku rujukan (entah betul entah tidak) kata kerajaan ko le. Yang aku pelik. Takan buku cerita kanak-kanak pun dicaj GST? Memang parah nak mampos la kalau sungguh buku-buku macam tue dicaj GST juga.

Selain dari kad pelajar, kad Touch N Go pun tertakluk GST.

Tengok ;


HAHAHAHAHAH (gelak orang gila).

Jadahnya ko caj GST kat Touch N Go. Faham ke tak faham orang guna kad itu untuk apa. Bukan untuk masuk kelab judi kot. Itu pun kerajaan kau nak amek untung dengan mencukai. Kita nak mudahkan urusan kita. Tapi kerajaan sibuk nak jadi beban kat bahu kita dengan mengambil kesempatan. Lepas tue dengan muka tak malu membebel depan tv syok sendiri sembang kencang kata GST tak membebankan rakyat la, kerajaan jamin takan menyusahkan rakyat la blablaba la. Pale hotak kau.

Mungkin aku boleh faham kenapa kerajaan mencukai Touch N Go. Tapi aku sikit pun tak nampak apa rasionalnya mencukai perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB dan MyEG. Itu betul-betul dah membuktikan kerajaan kau dah hilang akal.

Satu lagi bila menteri sebut GST perlu untuk menampung kenaikan gaji dan pencen kakitangan awam.



Kakitangan awam perlu naik gaji dan pencen. Menteri perlu naik gaji dan ada pencen. Wakil rakyat perlu naik gaji dan pencen. Kakitangan swasta pula bagaimana? Kami tak perlu kenaikan gaji apatah lagi takde pencen.

Nak naik gaji, pandai minta kat rakyat Malaysia.
Tapi bila rakyat berdemo apasal kakitangan awam macam POLIS membantai dan memenjarakan rakyat pula. Dengan siapa mereka makan gaji? Dari rakyat marhaen atau parti politik? Dan berlambak-lambak penyokong2 BN yang bodoh bercakap tentang kesetiaan kepada parti politik BN. Tapi tengokla. Menteri kau sendiri dah sahkan dorang makan duit titik peluh rakyat Malaysia yang bekerja siang malam pagi petang. Tak kira la dari kakitangan awam ke swasta ke yang bayar cukai semua ada saham dalam memajukan negara. Sebab tue kakitangan awam dan penyokong2 BN takde hak untuk menafikan kami bersuara. Nak naik gaji punya pasal. Rakyat kena bayar GST. Nampak tak betapa bergantungnya kerajaan pada rakyat marhaen. Itupun nak buli2 lagi dengan sediakan perkhidmatan tahap sampah sarap terutamanya bab kualiti pendidikan dan kesihatan.

GST bukan untuk upgrade sekolah awam atau perkhidmatan di hospital awam. GST adalah untuk kerajaan terokai sumber kewangan baru selepas mereka mentadbir dengan penuh korupsi dan penyelewengan. Ini sebenarnya yang sedang berlaku.

Rakyat dah terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dan mustahil untuk tidak rasa terbeban dengan pengenalan cukai GST. Najib tak perlu pura-pura dan lakon suci depan TV. Jangan tipu2 lagi sebab kau dah kantoi dari mula la Najib. Cakap depan2 rakyat Malaysia kalau ko berani. Jangan menyorok di balik TV. Turun sekarang dan cakap depan-depan rakyat Malaysia tanpa bodyguard, ugutan dan undang-undang yang bias. GST tak bebankan rakyat? Hotak kau Najib. Ini mungkin respon yang kau bakal terima jika bersedia jadi telus dan terima kejujuran. Biasakan telinga kau untuk dengar perkara yang jujur dari rakyat. Itu baru pemimpin sebenar. Bukan macam sekarang. Semua stok sembang kencang saja. Sepatah haram tak berguna. Menyusahkan rakyat lagi le ada.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.