`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, February 1, 2015

Akhirnya Projek Ini Siap Selepas 8 tahun.. Lamanya!!


Akhirnya projek ini siap selepas 8 tahun. Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) menghubungkan Jabor-Gemuroh, membabitkan kos RM4.1 bilion, dibuka sepenuhnya kepada orang ramai hari ini, demikian diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata dengan siapnya lebuh raya sepanjang 184 kilometer dari Jabor, Kemaman ke Gemuroh, Kuala Nerus itu, maka perjalanan antara Kuala Terengganu dan Kemaman akan hanya mengambil masa 90 minit sahaja.

"LPT2 ini mempunyai 10 persimpangan bertingkat, 10 buah plaza tol, tiga kawasan Rehat dan Rawat (R&R), dua hentian sebelah dan 90 jambatan," katanya kepada pemberita di R&R Perasing selepas melakukan lawatan di LPT2, di Kemaman, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Shafii Mohamad.
Projek LPT2 adalah susulan projek LPT Fasa I dari Karak ke Kuantan di Pahang, sepanjang 169 kilometer. Ia merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang sedia ada.

Razif berkata pembukaan LPT2 itu akan dapat membantu merancakkan pembangunan ekonomi negeri dengan sasaran pendapatan per kapita RM8,000 menjelang 2020.

Beliau berkata kawasan R&R Perasing itu menggunakan konsep 'Kawasan Rehat Sehenti' membabitkan pengguna dari arah utara (Kuala Terengganu), dari arah selatan (Kuala Lumpur/Kuantan) dan penduduk tempatan.

"Kawasan R&R Perasing ini juga menjadi pemangkin kepada nadi pembangunan kawasan Felda Neram," katanya. ~bernama


Addin:

LPT2 adalah projek yang lambat siap.. mula di bina pada 2007 dan di jangka siap 2010. Namun siap pada tahun 2015. Akhirnya projek ini siap selepas 8 tahun.. sudah pasti kos kelewatan di tanggung oleh rakyat.

Ini berita pada 2011..

Projek LPT2 lambat siap, kos meningkat 
PETALING JAYA: Badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang siap tidak ikut tarikh dan melebihi kos asal. 
Projek LPT2 dari Jabor di Kemaman ke Kuala Terengganu dijanjikan kepada rakyat Terengganu semasa pilihan raya umum 2004, asalnya mula dibina pada tahun 2007 dan dijangka siap pada 2010. 
Malah kos asal pembinaan sebanyak RM3 bilion yang diperuntukkan kini sudah meningkat sehingga RM5 bilion tetapi sehingga kini masih gagal beroperasi mengikut jadual. 
Ketua Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam laporannya berkata projek ini dibiayai melalui dana khas yang diperoleh daripada wang royalti petroleum dan hanya sebahagian kecil pengurusan dibayar oleh Kerajaan Pusat. 
Sekaligus menjadikan hampir keseluruhan kos pembinaan LPT2 ini dibiayai oleh wang rakyat Terengganu, katanya. 
“Setelah siap projek ini akan di serah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan bukannya kepada kerajaan negeri Terengganu. 
“Ini bermakna Terengganu hanya sediakan tanah dan menanggung kos pembinaannya tetapi tidak akan memiliki lebuhraya ini. 
“Siapakah yang akan mengendalikan kutipan tol? Siapakah yang akan memperolehi hasil kutipan tol tersebut?,” soalnya. 
Laporan itu diserahkan kepada SPRM Kuala Terengganu kira-kira pukul 11 pagi tadi melalui pegawai penyiasat Syukri Mustafa. 
Turut hadir Ketua Cabang Dungun Abdul Rahman Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas Salleh Embong dan Naib Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu Sulong Ali. 
Selain itu, masalah di beberapa sektor dalam projek LPT2 turut dikemukakan kepada SPRM, antaranya pembinaan jambatan Sungai Bagus di Bandar Baru Kerteh yang dibina atas daratan namun dan tidak melintasi anak Sungai Bagus. 
Fariz berkata pihaknya difahamkan masalah timbul apabila kontraktor TSR Construction Sdn Bhd terpaksa mengalihkan anak sungai ke bawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai (JPS) selain mengalami masalah proses tender. 
Akibatnya, kos pembinaan jambatan ini meningkat daripada RM174 juta kepada RM210 juta. Selain itu, isu pemberian tender kepada kontraktor ahli Umno Bahagian Hulu Terengganu yang didakwa bermasalah namun masih menerima wang pendahuluan sebanyak RM20 juta dalam projek ini turut dipersoalkan. 
“Kami memohon agar SPRM menyiasat secara terperinci terhadap projek LPT2 tersebut termasuk semua pihak yang terlibat iaitu 
kerajaan negeri Terengganu, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, kontraktor serta semua pihak yang bertanggungjawab. 
“Kami juga memohon SPRM atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan terhadap wang rakyat yang diseleweng sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah serta mengkhianati rakyat negeri Terengganu supaya menyiasat dan mendakwa para penjenayah ini ke muka pengadilan,” katanya. ~free malaysia today


Akhirnya Projek Ini Siap Selepas 8 tahun

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.