`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 30, 2014

Setiap Kali Shopping Hujung Minggu, Ramailah Yang Akan Bekerjasama Mewujudkan Koridor Neraka


Satu fenomena yang selalu kelihatan yang menunjukkan kita ni tak berapa reti berbudi bahasa, adalah apabila kita queue panjang untuk bayar barang yang nak dibeli, sehinggakan kita blok jalan untuk orang lalu. Aku termkan benda ni, koridor neraka. Aku perasan ni kat semua tempat aku shopping, tak kiralah apa brand sekalipun shopping kompleks dia.

Apa salahnya kalau kau tinggalkan sikit gap antara barisan tu, especially orang yang "akan berdiri tengah2 laluan" supaya orang yang nak lalu situ, boleh lalu dengan mudah, takyah nak mintak laluan, takyah nak tunggu kau alihkan troli dengan muka bengkek...

Bengkek..
Satu frasa yang dah lama aku tak gunakan!

Kenapa kita takut sangat nak create gap supaya orang boleh lalu? Takut ada orang cilok depan kita dan potong queue? Takut orang belakang suruh kau ke depan supaya "queue pendek cepat habis" ? Kalau ada orang potong queue kau sebab dia ingat line tu pendek, suruh dia ke belakang sopan2. Tak susah pun. Kalau dia tak nak pegi belakang? Baru susahkan keadaan.

Aku tak tau lah kenapa benak benar, tapi bagi aje lah gap, jarakkan aje la diri kau. Aku illustratekan supaya yang tak paham apa aku tulis ni senang paham.


Tak susah pun.  Bagi la gap sikit. Yang kau nak jugak blok jalan orang lain kenapa?
Kita bukannya atas jalan raya pun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.