`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 29, 2014

'Itu pendapat Tuanku, saya tak mahu debat'- Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Jumaat lalu yang menyalahkan PKR dalam krisis Selangor.

"Itu pendapat peribadi Tuanku, dengan penuh hormat, saya tak mahu berdebat dengan hal itu," kata beliau kepada wartawan selepas memberi syarahan bertajuk “Memerangi Ekstrimis” di Universiti Selangor (Unisel) di Shah Alam hari ini.

Sebaliknya Anwar menegaskan beliau mahu memastikan menteri besar dari PKR menjalankan pentadbiran mereka demi rakyat.

Beliau memberi contoh pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid dahulu yang didakwanya melupakan beberapa perkara rakyat seperti masalah pelajar miskin di Unisel sendiri.


"Saya hanya mengatakan bahawa ada bermacam masalah rakyat bawah yang harus difahami. Anak miskin yang belajar di Selangor dan Unisel harus difahami.

"Adakah kita boleh sebut kita bangga dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang bersih, yang kaya raya dengan rizab yang tinggi tapi anak nak belajar tak boleh," kata beliau.

Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 26 September lalu menyatakan kekecewaan baginda terhadap perbuatan hasut menghasut dan tohmahan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - dalam usaha menyingkirnya sebagai menteri besar - walaupun semasa bulan Ramadan.

Titah baginda, kemelut dalaman Pakatan Rakyat bermula daripada mereka mengusahakan Langkah Kajang bagi tujuan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.