`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 30, 2014

Ini dia pemimpin Umno Sabah yang ditahan oleh SPRM atas dakwaan Pecah Amanah (CBT) yang melibatkan RM 300 juta

KOTA KINABALU: Sebuah akhbar tempatan, yang dianggap mempunyai hubungan akrab dengan Kerajaan Sabah, telah melaporkan dalam edisi akhbarnya pada Selasa bahawa seorang pemimpin Umno Sabah telah ditahan pada Khamis lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan Pecah Amanah (CBT) yang melibatkan RM 300 juta.

Menurut akhbar itu, suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Suspek adalah bekas pengerusi agensi negeri dan mengetuai salah satu daripada 25 bahagian Umno di Sabah, kata akhbar itu.

Akhbar itu tidak menyatakan sumber laporannya.

Ia tidak dapat disahkan dengan serta-merta sama ada akhbar lain menyiarkan laporan itu.

Pada bulan April 2009, seorang pemimpin Umno Sabah dan kontraktor tempatan telah ditahan oleh SPRM dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Pemimpin Umno Sabah itu telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 100,000 tetapi tiada deposit diperlukan. Kontraktor itu pula dikehendaki membayar deposit 3,000 ringgit bagi jaminan RM300,000 beliau.

Pada masa itu dilaporkan bahawa dua pemimpin pemuda Umno Sabah juga disoal oleh SPRM tetapi tidak ditahan.

SPRM kemudian dikatakan “semakin dekat menangkap seorang lagi pemimpin Umno Sabah”. 
-FMT-
---------------------------
http://omakkau.blogspot.com/
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin mengaku dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat untuk memberi keterangan berhubung kes berkaitan pecah amanah.

Bagaimanapun, Abdul Ghani, yang kini berada di Kota Kinabalu, enggan mengulas lanjut mengenai butiran panggilan berkenaan.

"Saya menerima panggilan daripada SPRM pada Rabu lepas semasa di Kuala Lumpur bersama anak saya. Saya juga menerima satu lagi panggilan pada petang hari yang sama yang meminta saya bertemu dengan mereka.

"Pada Jumaat, saya secara sukarela berjumpa SPRM di Kota Kinabalu," katanya ketika dipetik Bernama di sini hari ini.

Pada Selasa, sebuah akhbar di Sabah, Daily Express melaporkan seorang Ketua Bahagian UMNO di negeri itu ditahan SPRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis kerana terlibat dengan dakwaan pecah amanah melibatkan wang sehingga RM300 juta.

Bagaimanapun, Abdul Ghani menafikan ditahan, sebaliknya berkata beliau memberi kerjasama dan secara sukarela memberi kenyataan kepada pegawai SPRM berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.