`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 30, 2014

DUA SUSPEK KES SAMUN STESEN MINYAK TERUK DI BELASAH ORANG RAMAI, KETIKA DATANG MENGISI MINYAK DI STESEN YANG SAMA BERLAGAK SEBAGAI PELANGGAN.



PORT DICKSON – Akibat geram dengan kegiatan samun yang kerap berlaku di kawasan Lukut dan Bandar Springhill, sekumpulan penduduk bertindak membelasah dua daripada empat lelaki yang disyaki penjenayah sebelum diserahkan kepada polis.

Dua suspek berkenaan cedera dibelasah selepas tindakan mereka mengundang syak salah seorang pekerja stesen minyak di Bandar Springhill.

Pemilik stesen minyak, Datuk Teo Seng Lee, 55, berkata, lelaki terbabit tersilap langkah apabila mengunjungi stesen minyak terbabit yang pernah mereka samun pada 7 September lalu dan berlagak seperti pelanggan.


“Suspek terbabit sempat mengisi minyak sebanyak RM20.
 
"Bagaimanapun salah seorang pekerja saya mengesyaki lelaki berkenaan adalah orang yang sama membuat jenayah samun ke atasnya ketika bertugas di stesen minyak ini,” katanya.
 
Menurut Seng Lee, dia hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan oleh anaknya sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
 
"Suspek parah dibelasah orang ramai kemudiannya di bawa ke Hospital Port Dickson.
 
“Tidak lama kemudian, seorang lagi rakannya yang lari dan bersembunyi di sebuah rumah kedai di Bandar Springhill berjaya diberkas dan turut dibelasah setelah mengaku dia merupakan rakan kepada lelaki terbabit," katanya lagi.
 
Difahamkan, dua lagi  suspek berjaya melarikan diri apabila menunggang motosikal menuju ke Seremban.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.