`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 31, 2014

Mat Taib : Dr M mahu PM yang bekerja, bukan melancong



The Malaysian Insider – Fri, Aug 29, 2014 

Muhd Taib mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus mengkritik Najib Razak kerana beliau mahukan seorang perdana menteri yang bekerja dan bukannya yang selalu melancong.
 
Bekas naib presiden Umno itu berkata, Dr Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu merupakan seorang yang tegas dalam pentadbiran.
 
"Bila beliau kritik Najib, itu menunjukkan ada yang pincang dalam pentadbiran sekarang, mungkin beliau mahukan perdana menteri yang bekerja dan bukannya melancong," 

"Dr Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat," katanya.
 
Menurut Mat Taib, semasa pentabiran Dr Mahathir, tidak timbul isu perkauman, malah tidak pernah ada kumpulan pendesak kaum seperti sekarang.
 
"Waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma atau apa-apa kumpulan yang menunjukkan mereka terlalu Melayu. 
"Beliau adil untuk semua kaum tapi bila Najb mengambil Putrajaya pelbagai konflik timbul ada banyak badan bukan kerajaan (NGO) pendesak dan cuba menimbulkan pelbagai pendapat-pendapat negatif," kata beliau
 
Muhammad yang pernah menjadi menteri bimbang sikap lemah Najib dalam menangani isu membabitkan kaum yang boleh mengundang suasana tegang. 
Minggu lalu, Dr Mahathir berkata, beliau menarik balik sokongannya kepada Najib dengan berkata segala tegurannya dalam pelbagai isu hanya sampai ke telinga yang pekak.
 
"Saya tidak ada pilihan melainkan menarik balik sokongan saya. Ini tidak berkesan, jadi saya kritik," katanya sambil menambah prestasi Najib lebih buruk berbanding penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
 
"Banyak polisi, pendekatan dan tindakan kerajaan di bawah Najib memusnahkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara," kata Dr Mahathir.

Antara isu yang disenaraikan ialah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sikap "lemah" Najib terhadap negara jiran dan penggunaan wang negara untuk mendapatkan sokongan rakyat setiap kali pilihan raya.Najib baru-baru ini bercuti selama dua minggu di Eropah. – 29 Ogos, 2014.

My views : The following points by Mat Taib (who is now a member of the opposition PAS) describe the 22 year authoritarian and cruel dictatorship of the wicked Tun Dr Mahathir Mohamed :
  • semasa pentabiran Dr Mahathir, tidak timbul isu perkauman, malah tidak pernah ada kumpulan pendesak kaum seperti sekarang
  • Waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma 
  • Beliau adil untuk semua kaum
  • beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat
  • kerajaan di bawah Najib memusnahkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara
Dr Mahathir was a real dictator. Najib is not a dictator.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.