`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 1, 2013

Yang di-Pertuan Agong Mahu Rakyat Akur Keputusan PRU-13

(Bernama) - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.
Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.
“Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di Kuala Lumpur, malam Jumaat.
Baginda bertitah: “Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan.”
“Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia,” titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.
“Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.
“Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna,” titah Seri Paduka.
Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu.
“Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.
“Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.
“Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan,” titah Seri Paduka.
Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

King wants people to accept election results

File photo of the King inspecting a guard of honour at the National Day parade last year. He reminded the newly-elected MPs and state assemblymen to serve with honest and sincerity and to give their best to the people regardless of their race and religion.KUALA LUMPUR, June 1 — Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah wants the people of this country to accept the results of the 13th general election (GE13) which they themselves have determined.
The King, who also congratulated the members of Parliament and state assemblymen elected, hoped that all quarters would protect the country’s system of parliamentary democracy which has been in practice since independence.
“If there are differences of opinion, use the channels to resolve them as outlined in the Federal Constitution and the country’s laws,” Tuanku Abdul Halim said in conjunction with the official birthday of the Yang di-Pertuan Agong today in his speech that was carried live by RTM last night.
The King said: “The act of casting doubts on an institution that has been entrusted under the Federal Constitution to conduct the general elections in this country is very dangerous and might only cause a never-ending conflict.
“Don’t we ever weaken and destroy our constitutional monarchy system, parliamentary democracy and federal philosophy which all this while have formed the basic ingredients for Malaysia’s success.”
Tuanku Abdul Halim said any political change in the country must be done in a peaceful manner and through the ballot box guided by the principles of the supremacy of the Constitution and the rule of law. 
“Are we willing we see our beloved Malaysia destroyed and crippled due to our own actions? It is so easy to destroy a success but to rebuild it, is very difficult.
“Therefore, do not allow this to happen, let’s leave a united and successful Malaysia to our future generations. As the saying goes, ‘sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna’ (realising only after the knock, a thousand regrets are of no use now).”
The King also reminded the parliamentarians and state assemblymen elected to serve with honest and sincerity and to give their best to the people regardless of their race and religion.
Tuanku Abdul Halim also called on the people to together continue with efforts towards achieving the national goal of making Malaysia a developed high-income nation.
The King reminded all quarters that the peace and prosperity they were enjoying now did not come easy, but were the result of careful and meticulous implementation of development programmes by the past leaders.
“This August 31, it will be 56 years since we achieved independence and on September 16, we will be celebrating the 50th anniversary of the formation of Malaysia.
“Although Malaysia is relatively still a young nation, we have managed to put it in an exalted position like what it is today.
“However, no matter how perfect the strategies that have been drawn up by the government and no matter how efficient the implementation, if there is no peace in this country, it would not be possible for all our aspirations to become a reality.”
Tuanku Abdul Halim also reminded all Malaysians regardless of their race and religious faith to be united through the five principles of the Rukun Negara, which is the national ideology, and the Federal Constitution, the highest law of the nation. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.