`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 1, 2013

PANDIKUTI LATIFF MENGAKU PATI DAN AGEN HARAM?




Saudara Pengarang,
NASIR @ Latiff Bin Yusof yang didakwa mempunyai tiga jenis kerakyatan iaitu mengunakan pasport India dan mempunyai dua kad pengenalan telah memberitahu Panel RCI semalam bahawa beliau memang mengakuinya.

Namun, pembaca hairan beliau mengakui kesemuanya yang dinyatakan di dalam Internet tetapi mengatakan apa yang tertulis di dalam Sabahkini.net adalah fitnah semata-mata?
Nasir @ Latiff, hero Filem 'Pandikutty' terbitan JPN memang amat terkenal di kalangan pembaca Sabahkini.net. Laporan RCI beliau keluar hampir di kesemua surat khabar tempatan.

Kami merasakan bahawa Nasir @ Latiff akan dipanggil semula memberi keterangan kerana Panel RCI kurang berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Butiran pasport dan bukti-bukti lain akan ditampilkan di hadapan Panel RCI pada sesi akan datang.

Kita ikuti sedutan Laporan daripada Malaysiakini;

Seorang warga India memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah hari ini bahawa dia mendapat kad pengenalan biru dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa memberi sebarang dokumen sokongan.
Nasir Yusof, yang tiba di Sabah pada tahun 1982 dengan menggunakan pasport India, berkata dia mendengar cakap-cakap bahawa kerajaan memberi kad pengenalan biru kepada warga asing di pejabat JPN Kota Marudu.
Menjawab soalan pegawai pengendali siasatan RCI, Jamil Aripin, Nasir berkata, pada tahun 1988, dia dan lebih 100 orang rakannya warga India pergi ke pejabat JPN Kota Marudu dengan menaiki lori.

Jamil: Apa yang membuatkan awak pergi ke JPN?
Nasir: Saya dengar kerajaan beri anugerah (IC biru)

Jamil: Bagaimana awak tahu?
Nasir: Saya dengar dari rakan-rakan saya.

Jamil: Apakah dokumen sokongan yang anda gunakan?
Nasir: Tidak ada.

Jamil: Walaupun akuan bersumpah?
Nasir: Tidak.

Jamil: Adakah awak ada sijil kelahiran?
Nasir: Tidak.

Nasir menerima kad pengenalan biru dalam masa dua bulan selepas membuat permohonan. Dokumennya hanya pasport India.

Mengenai sama ada rakan senegaranya yang pergi bersamanya untuk memohon kad pengenalan biru itu, turut menerimanya atau tidak, tidak dibangkitkan.

Nasir berkata dia tidak tahu dari mana maklumat tentang "pendaftaran besar-besaran" bagi kad pengenalan biru itu, bermula.

Kad pengenalan biru yang dikeluarkan kepadanya menyatakan dia dilahirkan di Tuaran. Ia mempunyai nombor, dengan kod negeri '12 ', yang merujuk kepada rakyat yang dilahirkan di Sabah.

Katanya, pegawai JPN Kota Marudu yang memutuskan tempat kelahirannya.

"Apabila dia isi, dia tanya saya jika saya okay dengan tempat kelahiran saya dinyatakan sebagai Tuaran. Saya kata okay, kerana saya tahu tempat itu," kata Nasir.

'Mengundi tiga kali'

Nasir berkata dia didaftarkan sebagai pengundi pada tahun 1990 dan sejak itu telah mengundi sebanyak tiga kali; kali terakhir di kawasan pilihan raya Parlimen Sepanggar.

Dia kini menjalankan perniagaan menguruskan permit kerja untuk warga India yang datang ke Sabah.

"Terdapat kira-kira 20 majikan yang menjadi pelanggan saya. Saya mengendalikan kira-kira dua hingga tiga pas kerja untuk setiap mereka... Saya mengenakan bayaran RM100 setiap orang," katanya.

Ditanya sama ada dia sedar bahawa dia dikaitkan di Internet untuk mendapatkan kad pengenalan biru bagi warganegara India yang lain, Nasir menyifatkan dakwaan itu sebagai "100 peratus fitnah".

"Saya seorang ahli Kongres India Muslim Malaysia Sabah. Saya ada musuh, itulah sebabnya mereka berbuat demikian. Perniagaan saya juga terjejas," katanya.

Jamil juga bertanya Nasir sama ada dia kenal sesiapa di Jabatan Imigresen Sabah ekoran urusan permit kerja itu, yang boleh dipanggil untuk memberi keterangan, tetapi Nasir berkata dia tidak kenal sesiapa.

Sejumlah 12 saksi memberi keterangan hari ini.

Sehingga kini, seramai 49 saksi telah memberi keterangan sejak RCI memulakan sesi pertama pendengaran pada 14 Januari hingga hingga 18 Januari lalu.

Ini sesi kedua pendengaran, yang bermula semalam, akan berakhir pada 1 Februari.

Kita ikuti pula Laporan Borneo Post'

KOTA KINABALU: An immigrant from Tamil Nadu, India said he did not protest when a National Immigration Department officer stated in his identification card application form that he was born in Sabah, as he just wanted to be a citizen of this country.
Nasir Yusof @ Latif, who came to Sabah with his uncle in 1982, said he could barely understand Malay when he applied for the identification card in the late 80s and he was just grateful that his application was approved.

“I think it is not for me to say if it (the action of the officer) was right or wrong, but of course the information (my place of birth) was not right because I was born in India; but I didn’t think too much about it at the time.

“I was very young, I have no education and I could not write in Malay, so the officer helped me fill the form. He asked if Berungis was okay and I just said ‘yes’ because I like Malaysia a lot and just wanted to be a citizen here.

“Besides, I knew the place. I often went there with my uncle to get supplies for his shop, and I also have some relatives residing there,” he said when testifying before the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants, yesterday.

According to the conducting officers, the background information under Nasir’s IC incorrectly stated that his place of birth was Berungis, Tuaran.

His IC also carries the code number “12?, which identifies him as a Malaysian citizen born in Sabah.

The 51-year-old, now a considerably successful businessman, said he did not understand the law or any of the procedures involved in applying for an IC or citizenship in Sabah at the time.

The man, who is married to a local woman from Tambunan and with whom he has a child and operates several restaurants and other businesses in the Kota Kinabalu, informed the Inquiry that he was in Kota Marudu when he learned from relatives that the Malaysian government was awarding citizenship to those who wished to be Malaysian.

After hearing the news, Nasir said he went to the Kota Marudu NRD office and found about a thousand others fellow immigrants from India, Pakistan and several other countries queuing up to apply for ICs.

“Most of us did not have any education and the officers had to help us with the application form. I was asked to pay RM12, that was all,” he said when asked whether there were any parties who asked them for payments for the ICs.

He also said ‘no’ when the Commission asked if the applicants applied for the document after being told to do so by any individuals or parties other than by their own relatives.

He also informed that he did not produce any birth certificate or any other supporting documents for his application as he was asked only to give his fingerprints and several copies of his photograph and to sign the completed application form.

According to him, he received his blue IC about two months after submitting his application.

“I did not ask the officer to put Berungis but he did, so I just accepted it,” said Nasir, who has upgraded his blue IC to the high quality identification card (KPT) and then later, to the latest version of the Malaysian IC.

Nasir said he initially came to Sabah with an Indian International Passport but never applied for any extension throughout his stay in the State.

He said he surrendered the Indian passport to JPN after getting his IC and applied for the Malaysian International Passport instead, which he had used to travel to India to visit his elder sisters still living there.

“I never applied for any other documents. I didn’t know anything about this, I just followed my employees. Maybe one of them has taken care of it but even if he did, I have no knowledge of it.

“No one has ever checked or asked me about my document because I was mostly in the rural areas, in the villages, but when people went to apply for the IC, I went to apply too,” he explained.

Asked if he had registered as a voter after getting his IC, he said he had his name listed three years after getting the blue IC and had voted three times since then.

As to whether he knows if he has dual citizenship in Malaysia and India, he said: “I have no citizenship in India sir, I have no documents and I cannot vote there, I can only vote in Malaysia. I vote here in KK; unfortunately the last time I voted, the candidate (I have chosen) lost.”
Eleven other witnesses testified during the Inquiry yesterday, bringing the number of individuals called before the Commission to 49, so far.

This included Sabah PAS Youth Chief Lahirul Latigu, whose background had been questioned by certain quarters, online.

Lahirul’s testimony agreed with the conducting officers’ remarks that he is a Sabahan born from a mixed-marriage of an Indonesian father and a Murut mother.

Other witnesses included Indonesian and Filipinos detainees currently awaiting deportation in several temporary detention centres in Sabah.

Also called to testify were immigrants with proper documentations and legally working in the State.

The proceeding will resume today and scheduled to be concluded tomorrow. The commission will study all evidences and prepare their findings and recommendations by June.

Berikut ikuti Laporan daripada Malaysian Insider;

KOTA KINABALU : Seorang pendatang dari India memberitahu inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin beliau menerima kad pengenalan biru tanpa dokumen yang sah, sebaliknya menggunakan borang yang diberikan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Nasir Yusof, yang dilahirkan di Tamil Nadu, India, memberi keterangan beliau menerima kad pengenalan biru dari pejabat JPN di Kota Marudu, Kudat pada 1988, selepas lima tahun tiba di Sabah.

"Siapa suruh kamu tulis dilahirkan di Tuaran?" presiden Persatuan Undang-Undang Sabah Datuk John Sikayun bertanya ketika di RCI hari ini.

"Dia sudah tulis awal-awal, pegawai JPN di Kota Marudu," kata Nasir.

Nasir berkata beliau membayar RM12 dan menerima kad pengenalan biru dua bulan kemudian.

"Saya tidak membayar orang lain," katanya lagi.

Mengikut Undang-Undang Warganegara 1964, penduduk yang mahu menjadi warganegara mesti menjadi penduduk tetap selama 12 tahun dan berada di Malaysia lebih dari 10 tahun.

Nasir berkata beliau mendaftar sebagai pengundi pada 1991 dan mengundi tiga kali, termasuk di parlimen Sepanggar.

"Saya undi tapi calon saya kalah. Saya undi PBS (Parti Bersatu Sabah), tapi kalah," katanya yang membuatkan seluruh dewan ketawa.

Nasir berkata beliau kini memiliki perniagaan menguruskan permit kerja untuk pekerja dari India seramai 20 orang.

Beliau mengenakan caj servis RM100 untuk setiap pekerja.

Nasir menambah kira-kira 100 warga India juga bersamanya ketika di pejabat JPN Kota Marudu apabila beliau memohon kad pengenalan biru.

Beliau berkata bukan semua orang dicatatkan Tuaran sebagai tempat lahir dalam borang tersebut.

"Dia (pegawai JPN) yang menulisnya kerana kami tidak boleh menulis dalam bahasa Malaysia," kata Nasir.

Nasir menafikan tuduhan blogger bahawa beliau masih mempunyai kad pengenalan India.

"Blog itu 100 peratus fitnah," katanya lagi.

Nasir berkata beliau tidak lagi memiliki pasport India dan memiliki pasport Malaysia selepas memiliki kad pengenalan biru.

"Saya tidak mempunyai warganegara India, saya tidak pernah mengundi di India. Saya cuma mengundi di sini," kata Nasir lagi.

Beliau turut membaca Rukunegara, tetapi terdapat beberapa kesilapan.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi.

Tetapi bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri itu dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan "Projek IC".

Dr Mahathir baru-baru ini berkata pendatang asing di Sabah menerima warganegara, tetapi mengikut undang-undang.

Lebih banyak berita tentang suspek di atas di akhbar-akhbar tempatan. Apa pun syabas dan tahniah kepada Sabahkini.net yang tidak putus-putus mengupas penjenayah tersebut.

Apa pun, diharap, Sabahkini.net akan menampilkan lebih banyak bukti kepada Panel RCI mengeai suspek suspek di atas. Hal-hal berkaitan adik beradik suspek, salinan pasport dan dokumen lain akan ditanya di masa akan datang?

Sekian, Salam Hormat,


KUMPULAN ANTI PATI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.