`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 1, 2013

APA AGENDA SHAFIE 'BELI' NAZMAWATI?





Saudara Pengarang,
NAZMAWATI Binti Walli adalah pendatang baru dalam arena politik, khususnya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Semporna. Namun apa yang membimbangkan ramai penyokong PKR Cabang Semporna, Nazmawati ini tidak mempunyai pengikut atau penyokong yang ramai baik dalam PKR mahupun dalam daerah Semporna itu sendiri.

Apa yang lebih menyedihkan penyokong PKR Cabang Semporna, sejak kebelakangan ini tindak-tanduk Nazmawati dapat mengatasi kuasa Ketua Cabang PKR Semporna, seolah-olah dia bertindak atas kapasiti Ketua Cabang.
Situasi ini, jika tidak dibendung boleh mendatangkan perpecahan dalam PKR cabang Semporna seterusnya akan mendatangkan kesan negatif dalam PRU-13 nanti.

Perkara yang menjadi tanda tanya kepada seluruh penyokong PKR Cabang Semporna, Nazmawati bersama ayahnya, Walli adalah masih ahli UMNO.

Seandainya dakwaan ini benar, maka matlamat Nazmawati menyertai PKR adalah semata-mata ingin menghancurkan PKR Cabang Semporna. Dakwaan ini ada asasnya kerana ayahnya telah diberikan projek atau kontrak sebagai pembekalan makanan bermasak di SMK Tun Sakaran.

Mengikut hukum logik akal, tidak mungkin Walli diberikan projek atau kontrak jika beliau benar-benar berjuang dalam PKR. Tidak mustahil pemberian kontrak atau projek ini sebagai habuan atau penghargaan seandainya Walli berjaya melaksanakan misinya untuk menghancurkan PKR Cabang Semporna.

Ini bermakna penyertaan Nazmawati bersama ayahnya dalam PKR Cabang Semporna ada makna sebaliknya. Lagi dibimbangi oleh penyokong PKR seandainya Nazmawati dicalonkan PKR untuk menentang Datuk Shafie Afdal di kawasan Parlimen Semporna, kebarangkalian Nazmawati akan umumkan undur/tarik diri dan akhirnya Shafie Afdal diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Situasi ini tidak mustahil kerana kita sedia maklum dunia politik ini penuh dengan pelbagai strategi atau tipu helah bagi memperolehi kemenangan untuk diri sendiri. Oleh itu diharap kepada Ketua Cabang menyiasat hal ini sebelum nasi menjadi bubur atau sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Salam Hormat,

PENGUNDI SUNTI PRU-13

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.