`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, December 31, 2012

PANAS! Yahya Hussin 'Demam' Sebab Abang Ipar Masuk KEADILAN?



Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, menyertai KEADILAN.

Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.
Ahmad adalah abang kepada Jouyah Yunin – isteri Yahya.
Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.
Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.


Untuk rekod, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.
Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke-13.
Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu.

Setakat ini, Yahya enggan memberi sebarang komen berhubung kemasukan abang iparnya dan tidak mahu ditemu bual buat masa ini.

Sementara itu, timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang mewakili bosnya yang tidak hadir pada saat-saat akhir, Najib Altantuya melawat Sabah juga enggan mengulas lanjut berhubung perkembangan terkini membabitkan keluarga Yahya itu semasa diminta memberi komen selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.