`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
Image result for happy new year 2017

Tuesday, February 21, 2017

"Innocent Owner" Riza Aziz Attended Yacht Meeting Before Good Star Heist - EXCLUSIVE

"Innocent Owner" Riza Aziz Attended Yacht Meeting Before Good Star Heist - EXCLUSIVE
Last week in California the Prime Minister’s step-son, Riza Aziz, filed a notice to dismiss the US Department of Justice’s seizure of his properties on the grounds that he was the “innocent owner” and could not be held responsible for the fact the money was stolen from 1MDB.
Motion to dismiss by Riza's lawyers
Motion to dismiss by Riza’s lawyers
Those properties include a Beverly Hills mansion, the film production company Red Granite’s future earnings from Wolf of Wall Street, a London Belgravia town house and a New York penthouse.
What this defence contends is that Riza had simply no idea that the hundreds of millions that suddenly started coming his way was not stolen, but thought it was a gift. For this reason he reckons he should be allowed to hang on to all the items bought with Malaysia’s stolen development money (money which the Malaysian tax payer is now faced with paying back to the original lenders at high interest rates).
Yet Sarawak Report has established new evidence that Riza was in from the very start on the 1MDB heist, in that he was invited to attend the meeting where the first ‘joint venture’ was cooked up between Jho Low, the Prime Minister and company PetroSaudi on the super-yacht Tatoosh in August 2009.
A trip manifest reveals that the jaunt, which took place between 15-20th August, was organised by a “high-end boutique concierge company” named Baroque, of which Jho Low was a member. According to the note made by the representative for Baroque, Sahle Ghebreyesus, the trip was in fact commissioned by his client Jho Low (whom he describes on the manifest as “my guy”). In March the following year Tarek Obaid also joined Baroque, which is an agency designed to pamper the super-rich:
high-end
High-end boutique concierge company that organised the rental of Tatoosh
Photographs later obtained by Sarawak Report show the main players behind the theft of the first billion from 1MDB through the PetroSaudi ‘joint venture’, which was strategised during this super-yacht meeting.
However, we can now confirm that Riza Aziz also joined the party, along with Najib’s key financial cronies Bustari Yusof and Robin Tan.  Robin Tan is the son of Vincent Tan, long associated with BN political funding, and Bustari is the Sarawak PPB party treasurer cum billionaire, who was handed the ‘turnkey contract’ for the Pan Borneo Highway project and whose brother Fadillah has now been appointed Minister for Public Works.
This gives the Bustari brothers control over all the big contracts handed out by the Government, in Malaysia’s notoriously corrupted procurement process and Bustari has rarely strayed from Najib’s side in recent months.
'My guy" Jho Low fixed the trip. "innocent owner" Riza Aziz was also on board
‘My guy” Jho Low fixed the trip. “innocent owner” Riza Aziz was also on board
Did Riza have simply no idea what was going on as these guys did the business which was soon to send money streaming his way?
It was just a few short months later in 2010 that he went on to launch his production company Red Granite Pictures at the most lavish launch party ever seen at the Cannes Film Festival in 2010.
And over the next two years Jho Low was at Riza’s side at every major film event involving Red Granite Pictures, including Wolf of Wall Street, which was funded by yet more money stolen from 1MDB, thanks to the later ‘Power Purchase Loan’ manoeuvres also organised by Jho Low.
According to the New York Times, Low was furthermore directly involved in the purchase of both of Riza’s US properties in Hollywood and New York. Did Riza simply fail to realise what was going on?
There can only be two conclusions. Either Riza is lying and he did know. Or Riza is a sad and stupid creature who was merely used as a front and proxy by the players behind the scandal, which included his friend Jho Low and step-dad Najib.
He is therefore EITHER innocent OR the owner.  He cannot be the “innocent owner”!
left to right - Tarek Obaid, Prince Turki and Najib Razak - the three named Shareholders of the 1MDB PetroSaudi Joint Venture meeting a month before the deal on the yacht Tatoosh.
left to right – Tarek Obaid, Prince Turki and Najib Razak – the three named Shareholders of the 1MDB PetroSaudi Joint Venture meeting a month before the deal on the yacht Tatoosh.
Sarawak Report requests that various journalists, authors and film makers, who seek to use this site as their resource for commercial projects such as books and documentaries give full credit to this blog, acknowledge copyright and do not seek to apply for awards, commissions etc without so doing.

-sarawak report

RUU 355: Iktibar daripada iblis



Para ulama tafsir meriwayatkan makhluk yang bergelar Iblis pada asalnya sangat dihormati oleh para malaikat yang sangat taat kepada Allah, kerana Iblis itu kuat beribadat, berada dalam syurga, pernah melihat neraka dengan seksaannya dan diberi kelebihan berdialog di hadapan Allah.

Para malaikat hanya melihat sifat zahirnya sahaja tanpa mengetahui sifat buruk yang tersirat di dalam hati Iblis, iaitu perangai takbur yang merasa dirinya mengetahui segala-galanya dan dirinya melebihi daripada yang lain. Maka terserlah kebodohan Iblis kerana mengangkat diri sendiri yang dimuatkan dalam bakul sendiri.
Sifat buruk ini dizahirkan apabila Allah SWT yang mencipta makhluk manusia bermula dengan Adam AS. Allah SWT berfirman (bermaksud):
“(Dan ingatlah apabila Allah berkata kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak ciptakan makhluk yang menjadi khalifah atas muka bumi'. Para malaikat berkata: 'Adakah Engkau ciptakan makhluk yang akan melakukan keburukan di atasnya dan menumpahkan darah, pada hal kami ini sentiasa bertasbih, memuji dan memuja-Mu (wahai Tuhan kami)'. Allah menjawab: 'Aku lebih tahu di samping adanya apa-apa yang kamu tidak tahu').” (Surah al-Baqarah: 30)
Manusia yang dijadikan Allah mempunyai ciri-ciri naluri, jasad, roh, sifat kendiri dan bermasyarakat yang menjadikan mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada makhluk yang lain.
Namun kelemahan mereka dibantu dengan hidayah daripada Allah, bukan sahaja hidayah sifat naluri, perasaan dan akal yang berbeza dengan makhluk yang lain. Allah mengurniakan hidayah al-din (hidayah agama) melalui kitab yang diwahyukan kepada para rasul yang dilantik daripada kalangan manusia. Allah SWT berfirman (bermaksud):
“(Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam (manusia) dan kami tanggungkan mereka berada di darat dan laut, serta kami berikan rezeki kepada mereka daripada segala yang terbaik dan kami berikan kelebihan kepada mereka mengatasi kalangan makhluk yang kami ciptakan dengan kelebihan yang dijadikan keistimewaannya)”. (Surah al-Isra’: 70)
Allah SWT telah menamatkan syariat-Nya dengan diwahyukan al-Quran dan diutuskan Nabi Muhammad SAW berkonsepkan penerimaan untuk beriman secara anjal (fleksibel) sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya (bermaksud):
“(Dan ajaran yang telah kami wahyukan (al-Quran) kepadamu (wahai Muhammad SAW) ialah yang benar, lagi membenarkan kitab lain yang sebelumnya yang ada di hadapanmu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui (berkenaan kamu) lagi Maha Melihat. Kemudian kami warisi kitab yang kami pilih kepada orang-orang yang kami pilih di kalangan hamba-hamba kami (mereka ialah umat Islam). Maka kalangan mereka ada orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri (kerana mengerjakan maksiat), ada kalangan yang sederhana (amalannya) dan ada yang sangat maju mengerjakan kebajikan dengan izin Allah. Demikian itulah kelebihan yang sangat besar fadilatnya).” (Surah Fatir: 31-32)
Dalam ayat ini, Allah SWT meletakkan konsep beriman kepada kitab-kitab Allah secara umum sama ada golongan yang beramal atau tidak beramal dengan kitab-kitab-Nya atau golongan yang tenggelam di dalam maksiat, mereka semua telah dijanjikan oleh Allah akan mendapat kelebihan sehingga selepas kematiannya. Namun, mereka yang menolak ajaran kitab-kitab Allah secara ingkar tidak termasuk di dalam orang-orang yang mendapat kelebihan ini.
Iblis yang ingkar kerana sifat takbur yang ada dalam dirinya tidak mengikut perintah Allah supaya hanya sujud menghormati ciptaan Allah iaitu Adam AS (makhluk manusia).

Perintah yang lebih mudah daripada RUU355. Oleh kerana sifat takbur dalam diri Iblis, dia merasa dirinya melebihi daripada semua orang lain, seolah-olah tahu semuanya sehingga mencabar ilmu Allah. Firman Allah (bermaksud):
“(Dan ingatlah apabila Tuhan-Mu berkata kepada para malaikat: 'Sujudlah kamu semua kepada Adam.' Lalu mereka semua sujud melainkan Iblis. Dia enggan dan takbur, lalu dia termasuk di kalangan mereka yang ingkar)”. (Surah al-Baqarah: 34)
Allah menyebut pula dalam surah yang lain (bermaksud):
“(Allah berkata: Apakah yang menghalang kamu daripada sujud?'. Dia (iblis) berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah').” (Surah al-A’araf: 12)
Iblis telah menggunakan kaedah qias dan maqasid syariatnya sendiri menyebabkan pertimbangan yang salah kerana perbezaan unsur api dan tanah. Adapun para malaikat yang mulia menunjukkan sifat tawaduknya di hadapan Allah:
“Mereka berkata: 'Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami! Kami tidak ada ilmu melainkan sekadar yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau sahaja sebenarnya Tuhan kami Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana'.” (Surah al-Baqarah: 32)
Perbincangan sifat tawaduk dan takbur dibahaskan dalam lapangan ilmu akhlak yang dinamakan juga ilmu tasawuf. Dalam sebuah kitab, disebut kata-kata Imam Malik RA:
(Sesiapa yang bertasawuf sahaja tanpa fekahnya, dia menjadi zandiq dan sesiapa yang berfekah sahaja tanpa tasawufnya dia menjadi fasik).
Ilmu Islam itu mencakupi tiga bahagian mengikut soalan malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW di hadapan para sahabat RA, iaitu Islam (rukun syariat), iman (rukun akidah) dan ihsan (rukun sifat mulia daripada hati) terhadap Allah, sifat yang menggerakkan hati dan yang memerintah kepada akhlak mulia kepada akal dan jasad.
Sesiapa yang memisahkan ketiga-tiga perkara ini atau mana-mana yang kecil sahaja sudah cukup akan menjadi pengikut syaitan.
Firman Allah SWT yang menegaskan tentang konsep beriman kepada ajaran Islam secara menyeluruh (katanya):
“(Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam itu semuanya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata kepada kamu).” (Surah al-Baqarah: 208)
Konsep beriman kepada semua ajaran Islam dan bercita-cita menegakkannya wajib berada dalam diri setiap Muslim. Walaupun kemampuan adalah ukuran pelaksanaan, namun tidak harus menafikan beriman kepada hukum Islam dalam perkara yang tidak menjadi kemampuannya dari segi pelaksanaan.
Contohnya seseorang yang tidak ada kemampuan untuk menunaikan haji menjadikan haji tidak diwajibkan ke atas dirinya pada masa ini, tetapi haram dia menegaskan hukum haji tidak wajib secara dasarnya.
Begitulah juga ketidakmampuan untuk melaksanakan undang-undang jenayah yang dinaskan di dalam Al-Quran kerana tiada kuasa politik, tidak menasakhkan hukum wajib beriman kepadanya, bahkan ianya menjadi kewajipan untuk diperjuangkan, menjadi cita-cita dan keazaman yang diberi pahala walaupun tidak melaksanakannya.
Inilah yang diamalkan oleh Amirul Mukminin Saidina Umar bin Al Khattab RA yang tidak menjatuhkan hukuman terhadap orang miskin yang mencuri kerana kedudukan ekonomi di zaman kemelesetan, namun suasana ini tidak boleh menjadi nas untuk membatalkan hukuman terhadap orang kaya yang melakukan kesalahan jenayah mencuri.
RUU355 adalah permulaan bagi melaksanakan sebahagian daripada syariat Islam yang adil kerana dapat menghapuskan halangannya, walaupun ia dalam perkara yang tidak ada nas daripada al-Quran dan Hadis. Para ulama Usul Fiqh menetapkan kaedah:
“Apa-apa yang tidak disempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka ia menjadi wajib.”
Sebagai contoh di zaman terkini yang menetapkan pasport haji dan visa, maka pasport dan visa menjadi syarat wajib yang berikutnya walaupun tidak disebut dalam nas kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Beginilah betapa syariat Allah dapat menjadi hidayah di sepanjang zaman dan semua tempat.
Sistem kehakiman menjadi sebahagian daripada jalan menegakkan keadilan syariat Islam yang mewajibkan pindaan Akta 355 untuk meninggikan kedudukan Mahkamah Syariah yang dipenjarakan oleh penjajah dahulu. Mereka yang menghalangnya adalah menjadi wakil kepada penjajah terhadap umat Islam.
Orang bukan Islam tidak boleh menentang, kerana ini bukan urusan mereka. Adapun penganut Islam yang jahil adalah berdosa kerana tidak belajar. Manakala orang yang tahu tetapi menentang juga, bacalah firman Allah SWT (berkata):
“(Bacalah kepada mereka (kumpulan ahli kitab) cerita orang yang kami kurniakan kepadanya ilmu berkenaan ayat-ayat kami, tiba-tiba dia melapahkan dirinya daripada kitab itu, lalu syaitan menggoda di belakangnya (berlagak laksana pengikut), maka jadilah dia di kalangan orang-orang yang sesat. Kalau kami kehendaki nescaya kami tinggikan kedudukannya, tetapi dia mahu kekal di dunia ini, lalu dia mengikut hawa nafsunya. Maka bandingannya seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya sama ada engkau membawa sesuatu kepadanya atau tidak. Begitulah bandingan puak yang mendustakan ayat-ayat Kami. Bacalah kepada mereka cerita-cerita (yang menjadi pengajaran) supaya mereka berfikir. Alangkah buruknya contoh mereka yang mendustakan ayat-ayat kami, sebenarnya mereka menzalimi diri mereka sendiri. Sesiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya nescaya dia mendapat petunjuk (ke jalan yang benar) dan sesiapa yang Allah jadikan dia sesat, maka mereka menjadi orang-orang yang rugi).” (Surah al-A’araf: 175-178)
Di antara sifat yang tidak layak mendapat hidayah itu adalah takbur. Sifat inilah yang ada pada iblis yang sangat berilmu, mampu menyaksikan kebesaran Allah dan melihat syurga dan neraka. Sifat inilah yang meletakkan diri sendiri sangat bijak, seolah-olah orang lain semuanya bodoh.
Peristiwa memperjuangkan RUU355 menempa sejarah kerana melibatkan semua kalangan umat Islam, semua wajah yang berada di medan para ulama, ahli politik, NGO, para pengamal undang-undang, ilmuwan, para mahasiswa, media, seniman, pasukan keselamatan, jentera kerajaan dan rakyat di semua lapisan. Maka yang terpisah daripadanya laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran.

DATUK SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

NAJIB KATA, BN AKAN MENANG PRU 14 DENGAN BANTUAN PAS....

Image result for najib

Selepas sekarang Pas seolah-olah sudah berada dalam dakapan UMNO, Najib Razak dilaporkan meluahkan keyakinan dalam beberapa perjumpaan bahawa BN akan menang PRU 14 akan datang ini.

Seorang pemimpin UMNO yang banyak kali menghadiri perjumpaan tersebut berkata, Najib tidak pernah memperlihatkan kebimbangan atau mood lain selain keyakinan untuk menang dalam setiap pertemuan yang dihadirinya.

Najib seterusnya dilaporkan meminta, momentum kemenangan yang ada ketika ini perlu terus dikekalkan sehinggalah tarikh pilihanraya diumumkan.

Keyakinan Najib terhadap kemenangan itu dikatakan tidak lain ialah berikutan pertolongan tidak langsung yang dihulurkan Pas melalui keinginan parti Islam itu untuk memastikan berlakunya pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14 nanti.

Najib juga dikatakan tidak begitu memperdulikan sama ada parti-parti komponen bukan Melayu dapat menyumbang kerusi atau sebaliknya kerana melalui pertandingan tiga penjuru itu nanti, ia sudah memadai untuk BN membentuk kerajaan.

Tentang hubungan dengan Pas yang dilihat seperti bersama UMNO, tetapi tiada sebarang perjanjian rasmi dan dalam masa yang sama masih juga meneruskan perbincangan dengan Bersatu, Najib dilaporkan melahirkan keyakinan agar "usah bimbang dengan pendirian Pas."

Najib seterusnya memberitahu, usah peduli atau terkesan dengan sebarang tanggapan serta tohmahan mengenai hubungan baik antara UMNO dan Pas sekarang, termasuk mengaitkannya dengan wang ringgit dan sebagainya kerana yang penting ialah matlamat untuk menang pilihanraya.

Memang sejak minggu-minggu kebelakangan ini, Najib mula menyibukkan diri dengan menghadiri beberapa perjumpaan tertutup dengan beberapa kumpulan dalam UMNO serta agensi-agensi yang ada kaitan dalam membantu kemenangan BN.

Keadaan ini memberi petunjuk bahawa tarikh pilihanraya semakin hampir dan tarikh yang paling banyak disebut untuk Najib membubarkan Parlimen ialah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Soalnya, dengan keyakinan Najib bahawa BN akan menang PRU 14 akan datang melalui bantuan secara tidak langsung oleh Pas itu, sedarkah parti Islam itu mereka kini seolah-olah sedang dipergunakan oleh UMNO?

Apakah Pas rela diperlakukan sedemikian oleh UMNO yang selama bertahun-tahun selama ini dianggap sebagai musuh paling utama atau ada faktor lain yang mendorong ia terjadi?

Selepas BN menang pula, apa ganjaran yang bakal diterima oleh Pas?

Adakah Pas akan bergabung dengan UMNO untuk membentuk kerajaan campuran dan seterusnya bakal menganggotai kabinet?

Atau mungkinkah, jika jumlah kerusi BN mencukupi untuk membentuk kerajaan, Pas akan ditinggalkan begitu saja oleh Najib dan UMNO? (SH).

#8GengBasikalMaut - Saya Sedia Pikul Tanggungjawab Kata Pemandu Wanita.

Pemandu wanita yang merempuh lapan remaja lelaki sehingga menyebabkan maut di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru Sabtu lalu, berjanji akan bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku. 

Perkara itu dinyatakan wanita berkenaan kepada kakaknya, sebaik sahaja insiden itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi. 

8 Geng Basikal Maut Dilanggar Pemandu Kereta
8 Geng Basikal Maut Dilanggar Pemandu Kereta
Katanya, adik perempuannya telah menghubungi melalui panggilan telefon dan berpesan agar tidak lari dengan situasi yang menimpa dirinya. 

“Adik saya kata dia sedia bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku ini. Dia telah memperoleh lesen memandu sejak lima tahun lalu. Saya percaya dia mampu hadapi dugaan ini,” katanya dipetik Sinar Harian. 

Menurut kakaknya lagi, dia telah menyerahkan telefon bimbit milik adiknya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. 

“Selepas kejadian, saya teman adik saya selama dua jam di balai polis. Selepas beri keterangan, adik saya juga menjalani ujian air kencing. Kami telah bersiap sedia apa yang akan berlaku terhadap adik saya selepas ini. 

“Sekiranya mahu minta ganti rugi, kami mungkin tidak mampu membayarnya. Sekiranya dikenakan hukuman penjara, adik saya kata dia sedia menghadapinya,” katanya. -sozcyili

Kenapa Hadir Thaipusam Tetapi Taknak Hadir #RUU355 Najib, Zahid Soal ISMAWEB.

Oleh : Isma Web

PEDANG dan rakyat Malaysia beragama Islam, tertanya-tanya ke mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia tatkala, ratusan ribu umat Islam berkumpul menyatakan solidariti ummah menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. 

Perhimpunan #RUU355 Pada 18 Feb 2017
Perhimpunan #RUU355 Pada 18 Feb 2017
Tidak nampak pun kelibat kedua-duanya. Cuma ungkapan salam disampaikan melalui Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang kita tidak tahu mewakili siapa. Kerajaan atau UMNO? Tiada ucapan berapi-api daripada kedua- duanya, sebagaimana pada himpunan solidariti memperjuangkan nasib etnik Rohingya. 

Benarlah, kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Perjuangan untuk etnik luar lebih diutamakan, tetapi untuk kepentingan Islam sendiri tidak didahului. Kenapa Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh hadir? 

Apakah mereka tidak prihatin kepada undang-undang dan hukum Islam? Walaupun Pedang yakin majoriti yang hadir adalah orang PAS, tetapi umat Islam yang bukan penyokong PAS pun ramai yang hadir. 

Pedang rasa mereka yang tidak hadir akan beri alasan mudah bahawa mereka menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin bagi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang agama, bukan kepada umat Islam sahaja. Tapi, hairannya mereka boleh pula hadir upacara keagamaan Thaipusam di Batu Caves. 

 Untuk memartabatkan Islam – agama yang dianuti datuk nenak moyang mereka – susah pula untuk mereka hadir. Masa memperjuangkan hak dan nasib etnik Rohingya di Tasik Titiwangsa 4 Rabiulawal lalu, Najib, Zahid dan ramai lagi menteri serta pemimpin UMNO yang hadir, berdiri sama pentas dengan pemimpin PAS, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Tapi, semalam (18 Feb)? Budak-budak tahfiz dan warga tua pun boleh hadir untuk menyatakan sokongan kepada undang-undang Islam, usaha untuk memartabatkan Mahkamah Syariah. Usaha yang ditentang oleh ultra kiasu kafir di Malaysia. 

Kenapa hanya Jamil Khir sahaja yang hadir. Mana menteri-menteri Islam di Malaysia? Mana pemimpin-pemimpin UMNO yang semuanya Islam dan memerintah Malaysia sebuah negara Islam? 

Mana Salleh Said Keruak? Mana Ahli-Ahli Parlimen yang beragama Islam. Kalau setakat ada Asyraf Wajdi dalam kerajaan, setakat ada Fathul Bari dalam UMNO, Pedang rasa belum cukup untuk melawan golongan liberal dalam kerajaan dan UMNO. Apa lagi mahu melawan ultra kiasu dalam Barisan Nasional (BN) yang terang-terang menentang pindaan Akta 355. 

Pedang hairan apa guna Jamil Khir dan Asyraf dalam Kabinet Najib, jika dalam mesyuarat jemaah menteri mereka tidak bersuara memberi tazkirah kepada ultra kiasu kafir dalam Kabinet itu mengenai pindaan Akta 355 – supaya pemimpin ultra kiasu kafir dan puak liberal dalam Kabinet itu boleh menjelaskan kepada ‘nyamuk dan agas’ supaya tidak menentang pindaan Akta 355. 

Pedang petik semula kata-kata Najib pada perhimpunan solidariti Rohingya dulu : “Jangan protes Ahok (Gabenor DKI Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama) sahaja, Rohingya mesti diperjuangkan, mereka boleh berhimpun di Jakarta, kita nak tunjuk kita tidak reda, kita mesti bertamadun, jaga nyawa dan harta benda, ini tanggungjawab kita sebagai sebahagian daripada maqasid syariah…ini wajib.” 

Pedang tanya : Apakah tidak menjadi kewajipan untuk memartabatkan undang-undang Islam dan mahkamah umat Islam? 

Kata Najib lagi isu Rohingya begitu mencengkam kalbu umat Islam di negara ini kerana agama Islam dihina manakala hak asasi manusia pula dirobek. 

Pedang tanya : Apakah kalbu umat Islam di Malaysia ini tidak dicengkam apabila agama Islam di Malaysia dihina dan dihalang daripada dimartabatkan oleh orang kafir di Malaysia? 

Najib boleh mengutuk Myanmar : “Ia (Myanmar) pakai satu saja artikel dalam ASEAN iaitu kita tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal negara lain, dia tidak baca artikel lain mengenai hak asasi manusia. ASEAN juga mempertahankan hak asasi manusia, mereka ini buta ke? Janganlah tafsir ikut sesuka hati.” 

Pedang tanya : Apakah pemimpin kerajaan Malaysia yang beragama Islam dan yang kafir, serta pemimpin UMNO, tidak buta mengenai keperluan untuk menambahbaik undang-undang Islam di Malaysia? 

Apakah tidak baca ayat-ayat suci al-Quran (bukan artikel ciptaan manusia) mengenai keperluan melaksanakan hukum Allah? Buta ke? Kata Najib lagi:” Kita ada UMNO dan PAS dalam perhimpunan ini. 

Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam soal Islam, soal ummah, ini wajib, ini bukan politik.” 

Pedang kata : Perjuangan menegakkan hukum Allah, memartabatkan Mahkamah Syariah menjadi wajib bagi umat Islam, terutama pemimpin yang diberi kuasa oleh Allah Taala untuk melaksanakan tujuan itu. Ini soal Islam, soal ummah, ini wajib, ini bukan politik dan jangan takut kepada orang kafir. 

Kita sudah dengan berhemah dan berlembut menerangkan kepada mereka mengenai usaha memartabatkan Islam tiada kaitan dengan mereka. 

Tetapi Najib dan Zahid, wajib menerangkan kepada mereka mengenai usaha itu supaya pemimpin-pemimpin kafir itu tidak buta, pekak dan tuli. 

Kata Pedang : Pedang setuju, malah dari awal lagi telah Pedang nyatakan, sebagaimana dikatakan oleh Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahya bahawa umat Islam jangan lagi memberi undi kepada mana-mana calon yang menentang pindaan Akta 355 pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

[VIDEO] Isu Baiah Dihidupkan Semula Oleh PAS Kelantan

HUSAM MARI DALAM CERAMAH MEGA PAS "HUSAM LARI"

Wah malam ini Kota Bharu mencatat satu lagi sejarah. Insiden orang "main bola" bersendirian tetapi mengaku dia hebat. Pihak lawan tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium dan setakat dibenarkan berada di belakang gol untuk beberapa minit sebelum dihalau keluar gelanggang. 

Mulanya pasukan lawan yang diejek sebagai "lari" tetapi rupa-rupanya "mari". Kedatangan itu menunjukkan keberanian dan gentlemen pihak lawan. 


Kedatangan pasukan lawan itu benar-benar mengejutkannya, menjadikan ia terkejut beruk. Mungkin sebegitu melihat kelibat lawan itu seluruh anggotanya bergerunyuk ketakutan. Boleh jadi juga sudah terkencing. 

Dia terus bermain dan beraksi besendirian. Semua dunia dapat melihat akan "kebongokkan" kerana ia disiarkan secara live. 

Apa lagi dengan para penyokongnya yang ramai bersorak-sorak dia terus membawa bola bersendirian membuat aksi, akrebotik, sepak gunting, geleceh, sepak pisau raut dan macam-macam di tengah padang bersendirian. Dia seakan bermain dengan angin dengan disaksikan daun-daun kering yang mati. 

Beberapa kali dia menyumbat bola ke gawan pihak lawan yang tidak dibenarkan sesiapa mengawalnya. Setiap kali dia menyepak bola ke gawan penyokongnya bersorak sorak kegembiraan. Bagi mereka mengira apa yang dimainkan itu adalah permainan bola sebenarnya? 

Mereka mendabik dada kebanggan kononnya pasukan mereka, khasnya ketua pasukan sebagai handai, bijak dan teror dalam bola sepak, boleh mengalahkan lawan. 

Padahal di tengah padang itu ketua pasukan itu berseorang sahaja. Mereka tidak faham yang bola dimainkan dengan dua pasukan berkapasiti 11 : 11. Jadi ketua pasukan itu sebenarnya berlawan dengan angin, bermain dengan iluaisnya kononnya dia jagoaan, walhal sebenarnya dia adalah seorang yang tidak lebih dari seorang GILA yang bodoh.  -MSO. 



ULASAN GB 

Isu baiah telah lama sepi tetapi dihidupkan semula oleh kalangan yang tidak senang dengan Husam Musa yang kini telah menjadi Penasihat AMANAH Kelantan. 

Mungkin rasa tertekan dengan tindakan Husam yang mendedahkan banyak kelemahan dan kepincangan pemerintahan PAS Kelantan seperti isu pembalakan, tugu banjir, dedak RM90 juta dan sebagainya. 

Oleh kerana tiada apa isu yang boleh digunakan untuk menyerang Husam, maka isu baiah dikitarsemula walaupun sebelum ini PAS sendiri sudah menutup cerita itu. 


Husam hadirkan diri semalam di ceramah mega yang dianjurkan oleh PAS Kelantan bertajuk Husam Lari Dari Debat Baiah setelah beliau dijemput oleh seorang Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi. 


Tetapi orang yang sama mendakwa kehadiran Husam menganggu program PAS berkenaan dan minta Husam membuat program lain. 


Berikut ialah senario kehadiran Husam semalam: 

Husam dijemput hadir oleh ustaz Azarizal(ustaz Jaa). Husam hadir.
Dia akur.

Husam duduk dibawah. Ditempat penonton.
Dia akur.

Husam dijemput naik ke pentas oleh Wan Ismail. Husam naik ke pentas.
Dia akur.

Husam minta dengan pengerusi majlis-Nazman utk bagi ruang sedikit utk berucap. Nazman bincang dengan Nasaruddin. Dan Nazman maklumkan Nasaruddin x bagi Husam berucap. Husam duduk diam di pentas.
Dia akur.

Penyokong pas datang dan buat provokasi.keselamatan program datang dan gocoh penyokong pas sendiri.husam tak kata apa.
Dia akur.

Penganjur berjumpa husam. Dan minta husam balik dan tidak berada di ceramah tersebut.
Dia akur.

Husam beransur.tidak berada di tempat program.
Dia akur

*HUSAM DIPERSALAH OLEH WALAUNTA KERANA DIKATA KACAU CERAMAH*

Ceramah PAS Untuk Kutuk Husam Gempar Bila Husam Muncul


Menjelang jam 10 malam Ketua Pemuda PAS Kelantan berucap di majlis ceramah "Husam Lari Dari Debat Baiah" di Kota Bharu.

Antara ucapan Ahmad Fadhli Shaari itu ialah: "Malam ni kita nak tahu siapa jantan, siapa betina."

Majlis ceramah itu diadakan sebagai penjelasan kepada orang ramai mengenai sikap bekas exco Kelantan yang pernah dipilih ahli PAS sebagai naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Penceramah lain yang dijadual berucap pada majlis itu ialah Exco Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, yang sebelum ini mahu berdebat dengan Husam.

Ceramah dilangsungkan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.

Menjelang jam 11 malam, tiba giliran Yang Dipertua PAS Keterah, Wan Ismail Wan Jusoh, yang pernah disebut namanya oleh Husam dalam salah satu ceramah Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kelantan baru-baru ini.

"Baiah ni urusan agama, dibahas dalam kitab Arab. Husam ni ngaji (belajar) SIC (Maktab Sultan Ismail). Reti ko bahaso Arab (Fahamkah bahasa Arab)? Pah nokdebat dengan Ustaz Nasurudin lagu mano (Dah tu nak debat dengan Ustaz Nassuruddin macam mana?" katanya.

Tanpa diduga banyak pihak, tiba-tiba kelibat Husam muncul di situ dan mengambil tempat di pentas ceramah dengan duduk di barisan kerusi di belakang Nassuruddin.

Husam berada di situ untuk beberapa ketika sambil mendengar ucapan yang mengecam dirinya.

Menurut Sinar Harian, kemunculan Husam itu menimbulkan ketidakselesaan penonton serta pimpinan PAS yang ada di atas pentas itu.

Namun kehadiran Husam tidak mengganggu Wan Ismail meneruskan ceramah dan penjelasannya walaupun ia secara langsung mengkritik ADUN Salor itu.

Menjelaskan keadaan itu melalui Facebook, Husam menulis: "Ingatkan malam ini debat baiah akan berlangsung. Malang! Bukan Husam lari. Husam mari."

Husam kemudian meminta sedikit masa untuk memberi penjelasan pada ceramah itu kerana ia secara khusus mengkritik dirinya.

Bekas setiausaha politik Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu memaklumkan kepada pengerusi majlis, beliau mesti diberi masa untuk berucap kerana namanya telah "dijual".

"Nazman (pengerusi majis) memberitahu, Datuk Nassuruddin tidak benarkan!" katanya di Facebook.

Husam akhirnya meninggalkan kawasan ceramah selepas tindakan beberapa individu menyebabkan keadaan menjadi tegang.

Membuat penjelasan di tempat lain selepas itu, Husam berkata, beliau tetap bersedia berdebat dengan Nassurddin "pada bila-bila masa".

"Saya masih sedia berdebat dengan Ustaz Nassuruddin pada bila-bila masa.

"Debat tak sama macam (pelaksanaan) haji dan puasa. Kalau puasa, kita kena puasa apabila masuk 1 Ramadan. Tapi (nak) debat tak payah tengok anak bulan," katanya.

Menjelaskan kehadirannya, Husam memberitahu beliau datang ke ceramah itu kerana menjangkakan akan diberi peluang untuk berucap.

"Kalau saya diberi peluang, malam ini (malam tadi) akan jadi mini debat," katannya.

VIDEO DISINI